BAB 6:KESAN PENTADBIRAN BARAT TERHADAP EKONOMI DAN SOSIAL

 BAB 6:KESAN PENTADBIRAN BARAT TERHADAP EKONOMI DAN SOSIAL

6.1:Pengenalan Ekonomi Moden oleh Kuasa Barat di Negara Kita

Ciri-ciri Ekonomi Moden

-Modal yang besar

-Tanah

-Penggunaan teknologi moden

-Penggunaan Tenaga Buruh yang Ramai

-Pengeluaran Dalam Skala yang Besar


Modal

i)Perlombongan

Negeri-negeri Melayu

•Emas dilombong secara komersial di Raub, Pahang

•Arang batu di Batu Arang, Selangor.

• Bijih timah di daerah Lukut, Sungai Ujong, Larut dan Klang.

• Pada 1888,British membuka lombong biji temah bawah tanah terpanjang di dunia di Sungai Lembing,Pahang.

• Kawasan lombong bijih timah baharu dibuka di Ampang, Kuala Lumpur dan Lembah Kinta, Perak.

• Permintaan bijih timah yang tinggi di pasaran dunia menyebabkan British menggubal enakmen dan undang-undang bagi menguasai industri bijih timah. 

• Syarikat perlombongan termasuklah Syarikat Malayan Tin Dredging dan Gopeng Consolidated

Sarawak 

• Melombong emas dijalankan oleh orang Cina di Bau pada tahun 1820-an.

• Perlombongan emas kemudiannya diusahakan oleh Syarikat Borneo Berhad. 

• Charles Brooke memberikan hak monopoli melombong antimoni kepada Syarikat Borneo Berhad. 

• Syarikat Borneo Berhad menjalankan kegiatan perlombongan antimoni di Bau dan Kuching.

• Arang batu dilombong di Sadong dan diusahakan oleh Syarikat Borneo Berhad.

• The Anglo Saxon Petroleum Company melabur dalam perlombongan petroleum di Sarawak pada tahun 1882. 

• Petroleum dijumpai di Miri pada tahun 1910. Kilang menapis minyak didirikan di Lutong, Miri.

Sabah 

• Kegiatan melombong emas di Sungai Segama oleh orang Cina. 

• Syarikat Borneo Utara British membawa masuk pemodal Eropah yang memperkenalkan teknologi baharu dalam melombong emas. 

• Arang batu di Silimpopon, Sandakan dan Labuan.

• Perlombongan ini diusahakan oleh Syarikat Cowie Harbour Coal.

PERTANIAN KOMERSIAL

Negeri-negeri Melayu

• Lada hitam, buah pala dan cengkih ditanam di Pulau Pinang dan Singapura untuk tujuan eksport.  

• Pengusaha di Negeri-negeri Selat menanam modal dalam penanaman tebu di Seberang Perai dan Perak. 

• Pada tahun 1830-an, Seberang Perai terkenal sebagai pusat pengeluaran gula yang utama di negara kita.
 Pemodal buka ladang kopi di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor. 

• Menjelang tahun 1880-an, kopi menjadi tanaman eksport negara kita. 

• Pemodal Perancis menanam kelapa sawit secara komersial di Kuala Selangor pada tahun 1917. 

• Tanaman kelapa sawit kemudian ditanam secara meluas di Johor dan Perak.

• Menjelang tahun 1920-an, Tanah Melayu mula mengeksport minyak kelapa sawit. 

• Pemodal menanam ubi kayu di Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor. 

• Tanaman teh pula diusahakan di Cameron Highlands, Pahang. Mereka mengusahakan “teh Ceylon” 
yang bermutu tinggi. 

• Antara syarikat yang terlibat ialah Sime Darby dan Guthrie.

Sarawak 




• Kawasan penanaman lada hitam di Sarawak di sekitar Kuching-Serian dan Sarikei-Maredong. 

• Sagu diperoleh daripada pokok rumbia di sepanjang Sungai Igan, Oya, Mukah dan Bintulu.

Sabah 

• SBUB melakukan pelaburan dalam penanaman tembakau. 

• Tanaman ini diusahakan di Pulau Banggi, Teluk Marudu, Sungai Labuk, Sugut, Segama, Kinabatangan, Lahad Datu, Tawau dan Sandakan. 

• Tembakau mendapat pasaran yang baik di Eropah. 

• Antara syarikat yang terlibat ialah London Borneo Tobacco Company

Getah

Negeri-negeri Melayu 

• Pelabur Eropah seperti Guthrie, Sime Darby, United Plantations, Harrisons & Crosfield dan Boustead Butterry Estate melabur dalam industri getah di Tanah Melayu. 

• Mereka melabur dalam pembukaan ladang getah di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

Sarawak

 • Dinasti Brooke tidak menggalakkan pembukaan ladang getah oleh syarikat asing bagi melindungi ekonomi penduduk tempatan daripada dieksploitasi oleh kapitalis Barat. 

• Syarikat ini menanam modal dalam perladangan getah di Dahan, Bidi dan Sungai Samarahan. • Oleh itu, Syarikat Borneo Berhad sahaja diberikan kebenaran mengusahakan tanaman getah. 

• Getah mula menjadi tanaman eksport Sarawak pada tahun 1910. 

Sabah 

• Getah ditanam di Taman Percubaan Kerajaan di Sandakan pada tahun 1882. 

• SBUB melabur dalam penanaman getah yang ditanam di Bongaya, Sungai Labuk. 

• Jesselton menjadi pusat perdagangan getah. 

• Antara syarikat getah di Sabah ialah British North Borneo Para Rubber, British North Borneo Company dan Langkon Borneo Rubber Company Limited.



2.Teknologi

i)Perlomobongan

Negeri-negeri Melayu

-Pada tahun 1929, terdapat 107 buah kapal korek di negeri-negeri Melayu.

-Kesemuanya milik syarikat Eropah seperti Pahang Consolidated Company Limited, Syarikat Malayan 

-Tin Dredging dan Gopeng Consolidated. Syarikat tersebut memperkenalkan teknologi kapal korek dan perlombongan hidraulik. 

-Eastern Smelting Company dan Straits Trading Company ditubuhkan untuk melebur bijih timah.

-Kapal korek  pertama kali digunakan oleh Syarikat Malayan Tin Dredging di Batu Gajah Perak pada tahun 1912.

-Kaedah perlombongan bijih timah bawah tanah diperkenalkan oleh Pahang Consolidated Company Limited di lombong bijih timah Sungai Lembing, Pahang.

Sabah

Terowong Tanjung Kubong, Labuan pernah menjadi tapak aktiviti perlombongan arang batu (1849 – 1911).

Sarawak

-Antimoni dilombong di Bau oleh Syarikat Borneo dengan kaedah moden. 

-Kilang melebur antimoni didirikan di Bau dan Kuching. Antimoni dipasarkan ke Singapura.

ii)Pertanian

Negeri-negeri Melayu



• H.N.Ridley dilantik sebagai Pengarah Taman Botanikal Singapura. 

• Pada tahun 1897, beliau memperkenalkan teknik torehan sistem ibedem atau sistem torehan tulang ikan hering yang mampu memanjangkan hayat pokok getah. 

• Beliau juga memperkenalkan teknik membungkus anak-anak pokok getah di dalam arang yang lembap supaya anak-anak pokok getah diangkut ke tempat yang jauh bagi pembukaan ladang getah.

Sarawak

-Kilang memproses lada hitam di Betong, Sarawak masih mengekalkan pertanian tradisional.

3.Buruh

i)Perlomobongan

Negeri-negeri Melayu

-British menggalakkan kemasukan buruh asing untuk mengisi kekosongan pekerjaan di kawasan perlombongan bijih timah.

Sarawak

-Orang Cina dibawa masuk ke Sarawak untuk mengusahakan lombong emas dan antimoni di Bau

Sabah

-SBUB menggalakkan kemasukan orang Cina bekerja di sektor perlombongan. 

-Mereka melombong emas di Sungai Segama.

ii)Pertanian

Negeri-negeri Melayu

-British turut membawa masuk dia untuk mengatasi masalah kekurangan buruh di ladang getah. 

Sarawak

-Kemasukan orang Cina didorong oleh pelbagai galakan yang diberi oleh Charles Brooke. 

-Pada tahun 1901, orang Cina F o o c h o w d i b a w a m a s u k ke Sarawak sebagai buruh ladang. 

-Orang Jawa dibawa masuk ke Sarawak untuk bekerja di ladang getah.

Sabah

-Orang Cina dibawa masuk ke Sabah untuk bekerja di ladang tembakau. 

-SBUB memebentuk Lembaga Penasihat Orang Cina di Sandakan untuk menjaga kebajikan orang Cina.

4. Skala Besar dan Bercirikan Eksport

i) Perlombongan

Negeri-negeri Melayu

Graf menunjukkan pengeluaran bijih timah oleh pelombong Eropah berbanding dengan pelombong Cina sebelum Perang Dunia Kedua:


Sabah

Pengeluaran arang batu di sarawak:



Pengeluaran petroluem di Miri:



Negeri-negeri Melayu
 


-Jadual menunjukkan pertambahan keluasan ladang getah antara tahun 1901 hingga tahun 1912


Sarawak

-Tanaman tradisional seperti kelapa, lada hitam dan tembakau ditanam secara meluas untuk dieksport. Pada abad ke-20, getah merupakan eksport kedua Sarawak selepas petroleum.

5.Tanah
-
Antara syarikat Eropah yang membuat pelaburan di negara kita boleh dilihat dalam jadual di bawah:



6.2 Pentadbiran Barat Berkaitan dengan Ekonomi

Perundangan

i)Tanah

Negeri-negeri Melayu

• Pada tahun 1913, Majlis Mesyuarat Persekutuan meluluskan Akta Tanah Simpanan Melayu. 

• Menurut akta ini, Residen boleh mengisytiharkan mana-mana tanah dalam sesebuah negeri sebagai hak orang Melayu. 

• Tanah tersebut tidak boleh dijual, dipajak gadai atau dipindah milik kepada orang bukan Melayu. 

• Akta ini sebenarnya bertujuan melindungi kepentingan ekonomi British.Kebanyakan kawasan tanah tersebut tidak subur dan tidak sesuai untuk kegiatan pertanian atau ekonomi perladangan.

Sarawak

• Land Order yang memperuntukkan hak milik tanah simpanan peribumi diwartakan pada tahun 1931. 

• Matlamatnya adalah untuk melindungi kepentingan masyarakat peribumi daripada dicerobohi oleh kaum pendatang yang membuka tanah untuk pertanian. 

• Pada tahun 1933,Land Settlement Order dikuatkuasakan untuk melindungi masyarakat peribumi. 

• Kedua-dua undang-undang tanah ini menjadi rujukan bagi pelaksanaan Land Order 1948. 

• Tanah Sarawak dibahagikan kepada kawasan tanah campuran, kawasan tanah peribumi, kawasan tanah adat peribumi, kawasan tanah simpanan dan kawasan tanah pedalaman.


Sabah

• Urus niaga tanah peribumi dengan orang Eropah sebelum tahun 1888 dianggap tidak sah. 

• Pada tahun 1889, Proklamasi III Perlindungan Hak Peribumi telah diwartakan. 

• Di bawah akta ini, langkah untuk melindungi hak dan kepentingan peribumi dilaksanakan. 

• Segala urus niaga dengan orang Eropah, ketua peribumi mestilah diberitahu terlebih dahulu. 

• Penduduk peribumi mempunyai hak untuk memohon dan mendapatkan ganti rugi. Pegawai Daerah bertanggungjawab untuk menjaga hak milik tanah peribumi. 

ii)Buruh

Sistem kontrak

• Melalui sistem ini, buruh dari China dibawa masuk ke negara kita oleh pihak majikan. 

• Tambang perjalanan, makanan, pakaian dan tempat tinggal disediakan oleh majikan.

Sistem Kangani

• Kangani bermaksud ketua, tandil, mandur atau penyelia di ladang getah. 

• Pemilik ladang menghantar Kangani ke India untuk mencari tenaga buruh. 

• Kangani mengurus tambang dan perjalanan buruh tersebut ke ladang majikannya. 

Fakta Tambahan ft. Bagaimana Warga Indonesia Datang ke Negara Kita 


-Pada tahun 1877, British menubuhkan Jabatan Hal Ehwal Cina (Chinese Protectorate) bagi   melindungi buruh-buruh China dieksploitasi oleh mana-mana pihak. 

-Pada tahun 1882, Ordinan Buruh Kontrak diluluskan untuk melindungi pekerja.

-Pada tahun 1908, Majlis Perundangan Singapura menubuhkan Tabung Imigran India untuk   memberikan kemudahan belayar dengan percuma kepada buruh-buruh India dari Madras ke negeri-   negeri Melayu. 

-Perkembangan ekonomi di negara kita menarik dan menjadi tumpuan buruh dari Indonesia. 

-Hal ini demikian kerana perusahaan bijih timah dan getah menyediakan banyak peluang pekerjaan.   

Jabatan & Agensi kerajaan


 



•British telah menubuhkan Jabatan Kerja Raya (Public Works Department) pada tahun 1872 yang membina bangunan Sultan Abdul Samad, Ibu Pejabat Kereta Api Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Masjid Jamek Kuala Lumpur dan Carcosa.

• British menubuhkan Jabatan Pertanian pada tahun 1905 untuk memajukan tanaman ekonomi dan   membangunkan industri getah. Jabatan ini membuat penyelidikan tanaman, menyediakan pakar   teknikal kepada pengusaha ladang dan pekebun kecil. 

•Kesan peningkatan permintaan industri getah, British menubuhkan institusi khas penyelidikan   getah, iaitu Institut Penyelidikan Getah Malaya (RRIM) pada tahun 1926. 

•British menubuhkan Jabatan Parit dan Tali Air pada tahun 1931 bagi meningkatkan keberkesanan   sistem pengairan.

•Jabatan Pos dan Telegraf dan Jabatan Kereta Api Tanah Melayu ditubuhkan untuk melicinkan   sistem pengangkutan dan perhubungan di negara. 

•Di Sarawak dan Sabah juga terdapat penubuhan jabatan kerajaan bagi kemudahan perkhidmatan   pos dan telegraf serta kegiatan pertanian. 

Kewujudan Syarikat Perwakilan

Syarikat Perwakilan (Agency House) dikenali dengan nama Gedung Perwakilan atau Crown Agent yang memiliki rangkaian sistem kewangan, insurans, syarikat perkapalan, pusat penyelidikan dan menjalankan perdagangan antarabangsa. 

Syarikat perdagangan seperti Boustead and Company, Boustead Buttery, Estate Agency, Harrisons & Crosfield, Guthrie & Company, Barlow & Company dan Sime Darby mempunyai hubungan yang erat dengan kerajaan pada peringkat tempatan mahupun antarabangsa. 

Misalnya, Boustead and Company mengurus pengeksportan getah dan bijih timah, malahan menguasai syarikat perkapalan dan kewangan Hong Kong Bank

Pewujudan Sistem Kewangan dan Insurans

Mata wang perak Sepanyol diperkenalkan pada tahun 1580 yang digunakan di negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat. 

Pada tahun 1897, British menubuhkan Lembaga Pesuruhjaya Wang untuk mengeluarkan wang kertas di bawah Ordinan VIII. Ini menyebabkan mata wang kerajaan Melayu terhapus. 

Pada tahun 1939, Dolar Selat digantikan dengan Dolar Malaya
.
Kepesatan ekonomi di negara kita menyebabkan British memperkenalkan sistem kewangan moden dan insurans untuk melicinkan urusan kewangan.

British menubuhkan sistem perbankan supaya modal dari luar negara dapat disalurkan ke negeri-negeri Melayu dengan mudah.

Fakta Tambahan

Pada abad ke-19 & awal abad ke-20, kapal laut merupakan pengangkutan penting dalam sektor perdagangan antarabangsa. 

Syarikat perkapalan memerlukan perkhidmatan insurans maritim untuk melindungi kapal dagang dan muatan yang dibawa. 

Perkhidmatan insurans yang lain ialah insurans nyawa, insurans kemalangan, insurans kebakaran, perniagaan dan insurans harta

6.3 Kesan Ekonomi Akibat Pentadbiran Barat di Negara Kita

Pengangkutan

i) Kereta Api

Negeri-negeri Melayu 



1)Tahun (1885-1896)
Landasan kereta api dibina untuk menghubungkan kawasan lombong dengan pelabuhan bagi memudahkan bijih timah dieksport. Landasan kereta api dibina menghubungkan bandar.


2)Tahun (1897 – 1909)
Landasan kereta api dibina menghubungkan di antara utara Tanah Melayu dan selatan apabila NNMB dibentuk.

3) Tahun (1910 – 1931)
British berjaya meluaskan pengaruhnya ke NNMTB. Kemudian, landasan kereta api dibina bagi menghubungkan seluruh Tanah Melayu .Penggunaan kereta api bertambah meluas daripada mengangkut bahan mentah kepada membawa penumpang.


Sabah 



Pembinaan landasan kereta api di Sabah dimulakan pada tahun 1896 di Bukau yang terletak kira-kira 13 kilometer dari Weston. 

Pada tahun 1900 pula, landasan kereta api dibina bagi menghubungkan Beaufort dengan Jesselton dan Tenom. 

Pembinaan landasan kereta api Sabah adalah untuk kegiatan pembukaan ladang getah. Pembinaan landasan kereta api di Sabah tertumpu di kawasan pantai barat Sabah.

Sarawak 

Terdapat landasan kereta api menghubungkan Bau dengan Kuching yang dibina pada tahun 1917.

 (ii) Pembinaan Jalan Raya

Negeri-negeri Melayu 


Di Selangor, British membina jalan raya yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Pelabuhan Klang (Port Swettenham).

Pada tahun 1902, jalan raya lebih lebar dibina kerana peningkatan penggunaan kenderaan bermotor. 

Menjelang tahun 1911, jalan raya dibina bagi menghubungkan bandar-bandar besar, kawasan yang mempunyai potensi sumber ekonomi dan pelabuhan. 

Menjelang tahun 1939 pula, jaringan jalan raya dibina yang menghubungkan seluruh negeri yang menyebabkan petempatan baharu dibuka, pembukaan kawasan perladangan getah yang baharu dan kawasan perlombongan bijih timah.

Sarawak

Sarawak mempunyai banyak kawasan berbukit, paya dan sungai.yang menghalang pembinaan jalan raya di negeri ini. 

Di Sarawak, terdapat jalan raya pendek yang tidak berturap dibina di Kuching dan Miri.

Sabah

SBUB membina jalan raya untuk kepentingan ekonomi mereka. 

Jalan raya yang dibina  menghubungkan bandar yang sedia wujud di sebelah pantai barat.

Menjelang tahun 1941,kira-kira 165 kilometer jalan raya berturap di Sabah. 

Kebanyakan jalan  hanya terdapat di sekitar bandar Jesselton, Sandakan, Kudat, Lahad Datu dan Tawau

(iii) Pengangkutan Udara dan Laut



Negeri-negeri Melayu

Perkhidmatan penerbangan awam pula diperkenalkan oleh Syarikat Wearne Air Service pada tahun 1937 yang menjalankan perkhidmatan penerbangan domestik di antara Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Pada tahun 1890, Syarikat Straits Steamship ditubuhkan di Singapura yang menyediakan perkhidmatan kapal wap kepada pelabuhan-pelabuhan negeri-negeri Melayu. 

Kapal susur pantai ini membawa bekalan makanan, buruh dan jentera untuk industri perlombongan bijih timah.

Sarawak 

Di bandar Kuching, terdapat perkhidmatan perkapalan yang disediakan oleh Singapore and Sarawak Steamship Company. 

Pada tahun 1924, terdapat perkhidmatan kapal terbang air menghubungkan bandar Kuching dengan Singapura. 

Sabah

Pada tahun 1890, syarikat perkapalan Straits Steamship memulakan perkhidmatan mengangkut barang dan penumpang.

Kemudahan Pelabuhan

Negeri-negeri Melayu



Peningkatan eksport bijih timah dan getah menjadikan pelabuhan Pulau Pinang, Kuala Sepetang (Port Weld), Port Dickson, Melaka, Singapura dan Klang (Port Swettenham) bandar pelabuhan yang penting di Tanah Melayu. 

Sarawak

Di Sarawak muncul pelabuhan Kuching, Rajang, Bintulu dan Miri.

Sabah

Di Sabah muncul pelabuhan penting seperti Labuan, Kota Kinabalu, Tawau, Lahad Datu dan Sandakan.

Telekomunikasi

Negeri-negeri Melayu

Pada tahun 1886, talian telegraf telah dipasang menghubungkan di antara Kuala Lumpur dan Melaka. 

Perkhidmatan pos bermula di Kuala Lumpur sejak tahun 1880-an. 

Sarawak 

Perkhidmatan telekomunikasi diperkenalkan di Sarawak bagi melicinkan pentadbiran dan mengurus kegiatan ekonomi. 

Pada tahun 1897, terdapat perkhidmatan telegraf antara bandar Kuching dan Singapura.

Sabah 

SBUB memperkenalkan perkhidmatan telegraf dan radio terutamanya di bandar-bandar besar yang membolehkan Sabah berhubung dengan negara lain.

6.4 Kesan Sosial Akibat Perkembangan Ekonomi di Negara Kita

Perkembangan Bandar

Negeri-negeri Melayu

Bandar-bandar baharu muncul sebagai pusat perniagaan, pusat kewangan, pusat pendidikan dan pusat pentadbiran seperti Kuala Lumpur, Seremban, Taiping dan Ipoh. yang membawa perubahan demografi dalam masyarakat kita.

Sarawak

Kuching


Bandar Kuching dijadikan sebagai ibu negeri Sarawak pada tahun 1841 oleh James Brooke. Penduduknya terdiri daripada orang Melayu dan Cina. Pada pertengahan abad ke-19, banyak rangkaian jalan raya dan bangunan kerajaan dibina di Kuching.

Sibu


Bandar Sibu muncul pada tahun 1862. Pada tahun 1900 ramai orang Cina telah berpindah ke Sibu untuk menjalankan aktiviti perdagangan.

Miri

Bandar Miri pula muncul pada abad ke-20 disebabkan oleh penemuan petroleum pada tahun 1910.

Sabah



Di Sabah, bandar-bandar muncul menjelang akhir abad ke-19.

Jesselton merupakan pusat perdagangan dan pelabuhan yang penting di Sabah. 

Nama asalnya ialah Jessel Town bersempena nama Charles Jessel yang membina bandar itu kemudian ditukar kepada Kota Kinabalu. 

Bandar Sibu muncul pada tahun 1862. 

Pada tahun 1900 ramai orang Cina telah berpindah ke Sibu untuk menjalankan aktiviti perdagangan yang menyebabkan pertambahan bilangan bandar dan penghijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar dan kedatangan buruh luar. 

Pembentukan Masyarakat Berbilang Kaum

Orang Melayu

Petempatan 

Orang Melayu ramai di kawasan kampung dan sebahagiannya di kawasan bandar dan pekan.

Kegiatan Ekonomi 

Orang Melayu mengambil bahagian dalam sektor pertanian, perikanan, perniagaan,perusahaan, harta tanah, perbankan dan menjadi ahli profesional dalam pentadbiran dan syarikat swasta.

Orang cina

Petempatan 

Orang Cina ramai di kawasan bandar dan pekan yang mempunyai banyak peluang ekonomi. 

Kegiatan Ekonomi 

Orang Cina melibatkan diri dalam sektor pertanian, perniagaan, perusahaan, harta tanah, perbankan dan menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan. 

Orang India

Petempatan 

Orang India yang sebelum ini ramai di kawasan perladangan tetapi kini telah menjadi penduduk di kawasan pekan dan bandar.

Kegiatan Ekonomi 

Orang India mengambil bahagian dalam sektor perladangan, pengangkutan dan pelbagai pekerjaan dalam sektor swasta dan kerajaan
.
Bahasa

• Setiap kaum bersikap terbuka dan bersedia menerima bahasa kaum lain. 

• Setiap kaum bertutur dan memahami bahasa Melayu dan boleh menggunakan bahasa ibunda masing-masing

Perkembangan Pendidikan

Negeri-negeri Melayu

Vernakular Melayu



• British tidak berminat memajukan orang Melayu dalam pendidikan. 

• Pendidikan di sekolah vernakular Melayu hanya menjadikan orang Melayu mempunyai pengetahuan asas, iaitu membaca, menulis dan mengira.

Sekolah Vernakular Cina



• Masyarakat Cina membuka sekolah di bandar atau tempat mereka tinggal. 

• Kurikulum yang digunakan adalah berorientasikan kurikulum sekolah dari China. 

• Guru yang mengajar dan buku-buku teks mereka juga dibawa dari China. 

• Masyarakat Cina di Negeri-negeri Selat pula cenderung menghantar anak mereka ke sekolah Inggeris.

Sekolah Vernakular Tamil



• Pada tahun 1912,British memperkenalkan Ordinan Buruh yang mewajibkan majikan ladang mendirikan sekolah Tamil di ladang. 

• Pendidikan Tamil hanya terbatas di sekolah rendah. 

• Kandungan kurikulum, buku teks dan guru dibawa dari India. 

Sekolah Inggeris

• Sekolah Inggeris pertama di Tanah Melayu ialah Penang Free School  dibuka pada tahun 1816 di Pulau Pinang dan Malacca Free School di Melaka pada tahun 1826. 

• Kebanyakan sekolah lnggeris berada di kawasan bandar. 

• Lulusan sekolah Inggeris berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negeri.

• Mereka berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang pentadbiran dan kejuruteraan. 

• Lulusan sekolah Inggeris juga diberi keutamaan menjawat jawatan yang baik dalam perkhidmatan kerajaan. 


Kolej Melayu Kuala Kangsa
r

Ditubuhkan pada tahun 1905 untuk menarik minat golongan anak-anak raja dan golongan bangsawan Melayu belajar di maktab ini. 

Matlamat British adalah untuk melahirkan pentadbir Melayu yang berpendidikan Inggeris. 

Lulusan kolej ini berpeluang menjawat jawatan-jawatan yang terdapat dalam pentadbiran British

Maktab Perguruan 

Maktab Perguruan Perempuan Perempuan Melayu ditubuhkan pada tahun 1935 untuk melatih guru-guru perempuan.

Pembukaan sekolah vernakular Melayu dan aliran Inggeris, menyebabkan British mendirikan beberapa buah maktab perguruan untuk melatih bakal guru sebelum dihantar mengajar di sekolah. 

Pada tahun 1922, Maktab Perguruan Sultan Idris (Sultan Idris Training College) di Tanjung Malim, Perak dibuka.

Sarawak



Terdapat lebih daripada 20 buah sekolah didirikan oleh mubaligh.

Termasuklah St. Thomas (Kuching), St. Joseph (Kuching), Sekolah St. Paul (Banting) dan Anglican St. Agustine School (Betong). Sekolah St. Mary dan Sekolah St. Teresa di Kuching untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak perempuan. 

• Sekolah Melayu pertama (Sekolah Abang Kassim) di Kampung Jawa, Kuching (1833). 
\
• Government Lay School (Sarawak National College) ditubuhkan di Kuching (1903). 

• Madrasah Melayu (MalayCollege) ditubuhkan untuk melatih orang Melayu menjadi guru sekolah dan Native Officer (1931). • Sekolah Cina ditubuhkan di Bau oleh orang Cina (1870).

Sabah



• Di Sabah pula, mubaligh Kristian mendirikan beberapa sekolah seperti Sekolah Rendah St. Mary dan Sekolah Lelaki St. Michael. 

• Selain itu, mubaligh Kristian juga membina sekolah untuk kanak-kanak perempuan. 

• SBUB membuka sekolah Melayu di Papar dan Kota Belud

Perkhidmatan Kesihatan

Negeri-negeri Melayu

• Hospital kerajaan yang pertama dibina di Taiping, Perak (1878). 

• Pada akhir tahun 1890-an, British mendirikan hospital di Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan Kuala Lumpur (1904). 

• Hospital didirikan bagi merawat buruh-buruh asing yang bekerja di lombong dan estet. Di samping itu, penduduk tempatan juga mendapat manfaatnya.




• British menubuhkan Institut Penyelidikan Perubatan di Kuala Lumpur pada tahun 1900. 

• Sebahagian besar kerja penyelidikan saintifik ditumpukan kepada penyakit tropika, iaitu beri-beri dan malaria. 

• Kesannya, masyarakat telah berubah daripada menggunakan kaedah tradisional berasaskan alam semula jadi kepada rawatan moden.


• Yap Kwan Seng, Kapitan Cina Kuala Lumpur membina Hospital Tung Shin (Pooi Shin Thong) di Jalan Sultan (1881). 

 • Hospital persendirian lain dibina oleh Taukeh Loke Yew di Serendah dan Taukeh Loh Chin Keng di Sepang. 

• Di Pahang, hospital persendirian dibina oleh F.E. Maynard, kontraktor Syarikat Perlombongan Chong Heng Kongsi dan Pahang Consolidated Company and Blat Tin Mining Company.


• Pada tahun 1890-an, Sanitary Board ditubuhkan untuk mengawasi kebersihan dan kesihatan bandar Kuala Lumpur. 

• Pada tahun 1911, Sanitary Board bertanggungjawab menjaga kebersihan bandar

• Jabatan Kesihatan mengawasi aspek kesihatan penduduk bandar. 

Sarawak


• Pentadbiran Brooke membina sebuah hospital di Kuching (1900) dan di Sibu (1913). 

• Sarawak Shell Oilfields Limited membina hospital di Miri. 

• Hospital Raja Brooke Memorial yang dibina pada tahun 1925 merupakan satu-satunya tapak penempatan kusta di seluruh Borneo.

Sabah



• William Hood Treacher, Gabenor pertama SBUB  membina hospital di Kota Kinabalu, Sandakan, Beaufort, Tawau dan Kudat. 

• Perkhidmatan dispensari diwujudkan di Tambunan, Kota Belud, Sipitang, Keningau, Semporna, Pensiangan, Papar, Tuaran dan Ranau. 

Pembinaan Penjara

Negeri-negeri Melayu



Setelah Francis Light menduduki Pulau Pinang, dia menjadikan pulau berkenaan sebagai pusat menempatkan banduan dari India. 

SHTI menjadikan banduan sebagai bekalan tenaga buruh murah untuk membina pelabuhan, bangunan, jalan raya, landasan kereta api dan penjara. 

Pada tahun 1790, banduan dari India telah ditempatkan di Fort of Cornwallis, Pulau Pinang. 

Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu menjadikan Penjara Taiping pusat penahanan banduan hukuman lama bagi negeri Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Selangor. 


Sarawak

Semasa pemerintahan Dinasti Brooke, Penjara Sibu dikenali sebagai Rumah Pasong.

Rumah Pasong yang awal dibina pada tahun 1890. 

Dari tahun 1918 hingga 1963, Rumah Pasong ditadbir oleh Pegawai Daerah. 

Sabah

Semasa pentadbiran SBUB, penjara terawal dibina di Sandakan. 

Penjara ini ditadbir oleh Inspector of Prison yang juga merupakan Commisioner of Police. 

Selain itu, penjara dibina di Tawau, Kota Belud dan Tenom.



Disediakan oleh:Muhammad Nazmi Hakim b. Rosli

Comments

Popular posts from this blog

BAB 7 : Penentangan Masyarakat Tempatan

BAB 1 : KEDATANGAN KUASA BARAT

BAB 8 : Kebijaksanaan Raja dan Pembesar Melayu Menangani Cabaran Barat