BAB 7 : Penentangan Masyarakat Tempatan

PENENTANGAN MASYARAKAT TEMPATAN

(7.1) Matlamat dan Bentuk Penentangan Masyarakat Tempatan

Penentangan Masyarakat Tempatan

Matlamat Perjuangan 
  1. Mempertahankan hak dan kedudukan pemerintah tempatan kesan daripada perubahan pentadbiran Barat yang merugikan mereka.
  2. Mengembalikan dan mengekalkan sistem pentadbiran tradisional sebagaimana yang sedia ada
  3. Menentang pentadbiran dan peraturan baharu yang menyusahkan hidup rakyat tempatan.
Bentuk Penentangan 
  1. Penentangan bersenjata
  2. Mencabar perjanjian
  3. Menggunakan sistem perundangan
Penentangan Bersenjata
1. Abad Ke-19
    i) Penentangan Dol Said di Naning
        Latar Belakang
  • Abdul Said bin Omar dikenali sebagai Penghulu Naning Seri Merah Raja Dol Said.
  • Beliau dilahirkan pada tahun 1773 dan berasal daripada suku Semelenggang.  
        Sebab Penentangan 
  • Dol Said menentang bayaran cukai hasil tahunan sebanyak 1/10 yang dikenakan oleh British terhadap Naning
  • Beliau mendakwa naning ialah sebuah negeri yang merdeka.    
    ii) Penentangan Yamtuan Antah di Negeri Sembilan 
        Latar Belakang
  • Tunku Antah ialah anak Raja Radin Yamtuan Besar Negeri Sembilan (1833-1861).
  •  Pada tahun 1875,Yamtuan Antah dilantik sebagai Yamtuan Seri Menanti.
        Sebab Penentangan          
  • Beliau menentang campur tangan British di Sungai Ujong kerana menggugat kedaulatan bangsa.
  • Beliau bimbang British akan meluaskan kuasa ke wilayah di sekitarnya.
   iii) Penentangan Dato’ Bahaman di Pahang 
         Latar Belakang
  • Nama asalnya Abdul Rahman bin Imam Noh dan dikenali sebagai Dato’ Bahaman. 
  • Beliau dilantik sebagai pembesar Temerloh setelah kematian Orang Kaya Indera Segara.
         Sebab Penentangan
  • Beliau menentang British di Pahang kerana hilang hak mengutip cukai dan pembinaan balai polis oleh tanpa pengetahuannya.   
   iv) Penentangan Rentap di Sarawak
        Latar Belakang
  • Nama asalnya Libau.
  • Rentap bermaksud “penggoncang dunia”.
  • Beliau lahir pada tahun 1800.
  • Beliau juga digelar Raja Ulu dan Raja Darat
  • Merupakan pemimpin orang Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas.
        Sebab Penentangan
  • Rentap dituduh oleh James Brooke sebagai lanun. 
  • James Brooke menghapuskan petempatan orang Iban.
    v) Penentangan Shariff Masahor di Sarawak
        Latar Belakang
  • Sharif Masahor ialah pembesar Sarikei di kawasan Sungai Rajang.
  • Beliau dilantik oleh Sultan Abdul Mumin Brunei pada tahun 1849.
  • Beliau berasal dari Kampung Igan.
        Sebab Penentangan
  • Kewibawaan Sharif  Masahor tergugat apabila Sarikei diletakkan di bawah pentadbiran Brooke.
  • Beliau mahu mengusir James Brooke dan mengembalikan kuasa pembesar tempatan yang terjejas.
2. Abad Ke-20
    i) Penentangan Tok Janggut di Kelantan
        Latar Belakang
  • Nama sebenar Tok Janggut ialah Haji Hassan bin Munas.
  • Beliau lahir pada tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan.
  • Tok Janggut mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan di Makkah.
        Sebab Penentangan
  • Beliau menentang kekerasan pentadbiran Encik Abdul Latiff, Ketua Jajahan Pasir Puteh.
  • Beliau menentang peraturan cukai yang diperkenalkan pada tahun 1915 yang mewajibkan petani membayar cukai tanah.
  • Beliau bersemangat jihad menentang British.
    ii) Penentangan Mat Salleh di Sabah
         Latar Belakang
  • Mat Salleh atau Mohammad Salleh dilahirkan di Inanam Sabah. 
  • Beliau berketurunan Bajau dan Suluk.
         Sebab Penentangan
  • Mat Salleh menentang tindakan SBUB yang mengambil alih hak memungut cukai sehingga menyebabkan pembesar tempatan kehilangan kuasa.
  • Mat Salleh cuba mengadakan rundingan dengan SBUB, namun gagal. Sebaliknya, Gabenor Beaufort menganggap Mat Salleh mengancam kepentingan SBUB.
    iii) Penentangan Mat Sator di Sabah
           Latar Belakang
  • Mat Sator merupakan orang kanan dan Ketua Leftenan Mat Salleh yang bertanggungjawab melindungi kubu Mat Salleh di Tibabar.
  • Beliau juga pemimpin Kadazandusun di Tambunan.
  • Beliau turut dikenali sebagai Mat Jator.
        Sebab Penentangan
  • Memperjuangkan kedaulatan tanah air
  • Beliau meneruskan perjuangan selepas kematian Mat Salleh pada tahun 1900.
Mencabar Perjanjian
i) Dato’ Maharaja Lela
    Latar Belakang
  • Dato’ Maharaja Lela Pandak Lam ialah keturunan Daeng Salili anak Raja Bugis yang berasal dari daerah Luwuk, Sulawesi.
  • Dato’ Maharaja Lela ialah Orang Besar Berlapan Perak yang mentadbir Pasir Salak.
    Sebab Penentangan
  • Dato’ Maharaja Lela bangkit menentang British kerana Residen British mengambil alih kuasa Sultan, pengambilan hak mengutip cukai dan Residen British yang mencabuli adat resam orang Melayu.

Menggunakan Sistem Perundangan 
i) Haji Abdul Rahman Limbong
    Latar Belakang
  • Ketua gerakan Kebangkitan Tani ialah Haji Abdul Rahman bin Abdul Hamid bin Haji Abdul Qadir atau Haji Abdul Rahman Limbong.
  • Keluarganya berasal dari Patani dan Terengganu.
  • Beliau lahir pada tahun 1868 dan meninggal dunia di Makkah pada tahun 1929.
    Sebab Penentangan
  • Haji Abdul Rahman Limbong menentang pengenalan pentadbiran Barat di Terengganu dan menolak undang-undang tanah yang berlawanan dengan hukum syarak. 
7.2 Sistem Pentadbiran Barat Memberikan Kesan Terhadap Kuasa Pemerintahan dan Kehidupan Masyarakat Tempatan

Kesan Terhadap Kuasa Pemerintahan
i) Pentadbiran Tempatan
    Negeri Sembilan
  • British mula meluaskan kuasanya di Sungai Ujong pada tahun 1874 dengan menyebelahi pembesar tempatan, Dato’ Kelana. 
  • British menggugat kewibawaan dan mencabar kedudukan Yamtuan Antah.
  • British seterusnya menguasai Rembau, Jelebu dan Seri Menanti dengan cara menempatkan Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil.
  •  Menjelang tahun 1895, British menyatukan semua daerah dan membentuk Persekutuan Negeri Sembilan.
    Sarawak
  • Bagi mengukuhkan kuasanya di Sarawak, Brooke melibatkan penduduk tempatan dalam pentadbiran.
  • Pembesar Melayu yang berpengalaman, misalnya Datu Patinggi, Datu Bandar dan Datu Temenggung dilantik mentadbir Sarawak untuk memudahkan Brooke menghapuskan kebangkitan pemimpin tempatan.
    Pahang
  • Pembentukan daerah di bawah pentadbiran Pemungut Cukai dan Majistret menyebabkan hilangnya kuasa pentadbiran pembesar di daerah masing-masing. 
  • British memaksa Sultan Ahmad melucutkan gelaran Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan daripada Dato’ Bahaman.
  • Tindakan British ini memalukan beliau dan menyebabkan berlakunya kebangkitan menentang British di Pahang. 
    Perak
  • Residen British yang pertama di Perak ialah J.W.W. Birch. Beliau menggunakan tekanan supaya Sultan Abdullah menandatangani surat pengisytiharan yang membolehkan Residen British mentadbir hasil negeri atas nama sultan.    
  • Tindakan J.W.W. Birch menyebabkan Sultan Abdullah dan pembesarnya kehilangan kuasa. 
    Sabah
  • Pentadbiran SBUB menggugat kedudukan Mat Salleh, pembesar di hulu Sungai Sugut.
  • Dalam satu rundingan antara Mat Salleh dengan William Cowie, Mat Salleh dibenarkan mentadbir daerah Tambunan. 
  • Kemudian, SBUB memungkiri janji dengan mengambil semula Tambunan daripada penguasaan Mat Salleh. Hal ini mencabar kuasa dan kewibawaan Mat Salleh. 
    Terengganu
  • Pelantikan Penasihat British di Kuala Terengganu dan Penolong Penasihat British di Besut dan Kemaman menggugat kekuasaan sultan dan pembesar. Hubungan luar negeri pula ditetapkan oleh British.
    Kelantan
  • Pembentukan jajahan dan pelantikan ketua jajahan sebagai pentadbir telah mengambil alih kuasa pembesar.
  • Pusat pentadbiran jajahan Pasir Puteh telah dipindahkan dari Jeram ke Pasir Puteh. Engku Besar Jeram hanya diberi jawatan yang rendah, iaitu Tok Kweng Muda
  • Beliau kehilangan kuasa, wibawa dan keistimewaan. Engku Besar Jeram Tuan Ahmad dan Tok Janggut menjalankan kempen menentang pentadbiran baharu itu.
 ii) Perundangan Tempatan
    Naning
  • British berusaha melaksanakan undang-undang Barat di Naning. Tindakan British mencabar bidang kuasa penghakiman yang dimiliki oleh Dol Said dan mengganggu sistem perundangan Naning yang berlandaskan Adat Perpatih. 
    Perak
  • Pembinaan balai polis dan pelantikan Kapten Speedy sebagai Penolong Residen di Larut mengurangkan kuasa Menteri Ngah Ibrahim mentadbir kerana beliau diminta menerima nasihat daripada Kapten Speedy. 
    Pahang
  • Konflik antara Dato’ Bahaman dengan British di Pahang menjadi lebih serius apabila British mendirikan balai polis di Lubuk Terua. Tindakan British menyebabkan kedudukannya sebagai penguasa undang-undang tergugat.
iii) Kewangan Tempatan
    Perak
  • Pembatalan pajakan pungutan cukai dan larangan mengutip cukai oleh J.W.W. Birch di Kuala Sungai Perak menyebabkan Sultan Abdullah, Menteri Ngah Ibrahim dan pembesar Perak terjejas pendapatan mereka. 
    Pahang
  • Dengan pengenalan Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil, Dato’ Bahaman dan pembesar lain yang berkuasa di Semantan tidak dibenarkan memungut cukai. Mereka ditawarkan elaun bulanan yang sangat kecil. Misalnya, Dato’ Bahaman ditawarkan elaun $70.00 sahaja sebulan. Para pembesar Pahang tidak berpuas hati dengan elaun tersebut dan membantah tidak akan mematuhi keputusan Majlis Mesyuarat Negeri. 
Kesan Terhadap Kehidupan Masyarakat

Masalah Membayar Cukai
  • Penduduk Pasir Puteh, Kelantan menghadapi masalah membayar cukai kerana pejabat bayaran cukai terletak jauh dari tempat tinggal mereka. 
  • Bayaran cukai hanya boleh dijelaskan semasa waktu pejabat. Penduduk yang enggan membayar cukai ditangkap dan didenda.
  • Keadaan ini menyebabkan penduduk semakin benci kepada British.
Bercanggah dengan Nilai Tempatan 
  • British melaksanakan beberapa perubahan baharu dalam pentadbiran yang bertentangan dengan nilai tempatan.
  • Misalnya, penduduk Terengganu memerlukan surat kebenaran untuk mengambil hasil hutan, membuka tanah untuk petempatan atau berhuma
  • Cukai mesti dibayar di pejabat tanah. Mereka yang gagal mematuhi peraturan tersebut akan didenda dan jika gagal membayar denda akan dipenjarakan.
Layanan Tidak Adil
  • Di Sabah, pentadbiran SBUB menindas orang Murut. Mereka dilarang membuka tanah baharu untuk pertanian pindah atau penempatan. Akibatnya, orang Murut kekurangan bekalan beras untuk makanan harian.
  • Orang Murut dikenakan bayaran menyukat tanah untuk menentukan sempadan. Suami isteri orang Murut dipaksa tinggal berasingan dan dipisahkan oleh aliran sungai. Setiap kali mereka ingin berjumpa dikenakan denda $1.00 Dolar.
  • Peraturan baharu ini menyulitkan kehidupan orang Murut.
7.3 Penentangan Masyarakat Tempatan Terhadap Kuasa Barat

Pengenalan

Masyarakat tempatan bangkit menentang British dengan menggunakan pelbagai strategi. Kebangkitan ini mempunyai kekuatan dan kelemahan. Pada peringkat awalnya menunjukkan kejayaan sebelum British bertindak balas dengan agresif menghapuskan penentangan masyarakat tempatan. 

Kekuatan

Pada peringkat awal, pembesar tempatan mengecap kejayaan dalam usaha menentang kuasa Barat. Kejayaan ini dicapai melalui beberapa kekuatan strategi seperti muafakat, membina kubu pertahanan, penggunaan teknologi senjata dan perundangan. 

i) Muafakat
    Sharif Masahor
  • Berjaya menyerang Kanowit dengan bantuan Dato’ Patinggi Abdul Gapur.
  • Pakatan itu berjaya membunuh dua orang pegawai British
  • Brooke tidak dapat membuktikan beliau terlibat dalam pakatan tersebut. 
ii) Kubu Pertahanan
    Mat Sator
  • Mat Sator mempunyai kubu yang dikenali sebagai Kota Mat Sator yang terletak di Kampung Kapayan Lama, Tambunan yang terletak berdekatan dengan Kota Mat Salleh di Tibabar.
  • Kedudukan kota ini strategik kerana terletak di tebing Sungai Sunsuron yang membekalkan sumber air
  • Kota ini menjadi pusat tinjauan kegiatan British.  
iii) Persenjetaan
    Dol Said
  • Beliau memperoleh bantuan angkatan tentera dari Rembau dan wilayah yang menjadi jiran Naning.
  • Angkatan tersebut menggunakan senapang jenis flintlock dan snider riffles ketika membuat serangan hendap terhadap tentera British.
  • Beliau juga menggunakan meriam kecil (lela rentaka) yang mudah dibawa ke medan pertempuran.
iv) Perundangan 
    Haji Abdul Rahman Limbong
  • Beliau memohon lesen pleader untuk membela para petani Terengganu di mahkamah dengan menggunakan hujah agama. 
  • Beliau menyatakan bahawa tanah yang dikerjakan oleh mereka ialah “Hak Allah SWT” dan rakyat bebas mengerjakannya tanpa perlu membayar cukai. 
  • Beliau berhujah, sistem percukaian yang diperkenalkan oleh British adalah berlawanan dengan hukum syarak.
  • Melalui perbicaraan tersebut, beliau menuntut hak mengerjakan tanah harus mengikut hukum agama Islam.
Kelemahan

Kebanyakan kebangkitan menentang British hanya dimenangi oleh masyarakat tempatan pada peringkat awal penentangan sahaja. Selepas itu, kebangkitan tersebut dapat ditangkis dengan mudah oleh British. Apakah kelemahan strategi pemimpin tempatan sehingga kebangkitan masyarakat tempatan menentang British mengalami kegagalan? 

i) Penentangan Senjata 
    Rentap Wira Bukit Sadok 
  • Brooke berjaya menewaskan Rentap dalam serangan ketiga (1861)
  • Brooke menggunakan meriam tembaga “Bukit Sadok” dan angkatan tentera yang lebih besar
  • Brooke berjaya menawan Bukit Sadok.
  • Rentap berundur ke Entabai.
ii) Ancaman Perundangan Barat
    Haji Abdul Rahman Limbong Pejuang Masyarakat Tani Terengganu 
Kebangkitan Tahun 1922 
• Petani di Kuala Telemong menentang peraturan baharu dengan membersihkan tanah tanpa mengambil pas kebenaran. 
Kebangkitan Tahun 1925
 • Seramai 300 hingga 500 orang petani berkumpul di Kuala Telemong dan membersihkan 200 ekar tanah milik Tengku Nik Maimunah dan 400 ekar tanah kerajaan tanpa pas kebenaran. 
Kebangkitan Tahun 1928
• Berlaku Kebangkitan Tani di Marang, Kuala Telemong dan Kuala Berang 
• Mereka mengisytiharkan perang terhadap British, menduduki balai polis, menduduki bangunan kerajaan dan mengibarkan bendera merah di Kuala Berang
• Haji Abdul Rahman Limbong ditangkap.
• Kemudian, beliau dibicarakan di Kuala Terengganu.
• Beliau dijatuhi hukuman buang negeri ke Makkah atas kesalahan menghasut.

iii) Gagal Mentafsir Perjanjian
    Dato' Maharaja Lela Pahlawan Melayu
  • Tindakan Sultan dan pembesar Perak untuk mencabar Perjanjian Pangkor menemui kegagalan.
  • Usaha membatalkan perjanjian tersebut perlu mendapat sokongan British.
  • Pembesar Melayu tidak diberikan masa yang cukup untuk meneliti Perjanjian Pangkor.
iv) Tipu Muslihat
    Tok Janggut Pejuang Jihad
  • British mendesak Sultan Muhammad IV Kelantan supaya mengisytiharkan perjuangan Tok Janggut dan pengikutnya sebagai penderhakaan terhadap Sultan Kelantan.
  • Muslihat British ini berjaya menakutkan rakyat supaya tidak menyokong atau menyertai perjuangan Tok Janggut.
Punca Kegagalan Penentangan Masyarakat Tempatan
  • Faktor Istana
        British menggunakan istana untuk memadamkan kebangkitan masyarakat tempatan.
  • Penentangan Bersifat Setempat
        Tidak meluas ke seluruh negeri.
  • Sokongan
        Tidak menyeluruh, kurangnya sokongan daripada pihak istana.
  • British berpakat dengan Belanda
        Kedua-dua pihak bekerjasama untuk memadamkan kebangkitan masyarakat tempatan.
  • Kelemahan Strategi
        British menggunakan pelbagai strategi untuk mengatasi kebangkitan masyarakat tempatan seperti         kekuatan tentera, senjata moden, memecahbelahkan pakatan, menggunakan istana dan tipu daya.
  • Kelemahan Teknologi
        Senjata Barat lebih canggih berbanding dengan senjata yang digunakan oleh masyarakat                        tempatan.

7.4 Kesan Penentangan Masyarakat Tempatan

Kesan Terhadap Pentadbiran British
  • Kerugian Akibat Peperangan
  • British Lebih Berhati-hati dalam Sistem Pentadbiran
  • British Merombak Semula Skim Penempatan Pegawai
  • Pemantapan Kuasa Barat 
 Kesan Terhadap Masyarakat Tempatan
  • Kesan Terhadap Pemerintah dan Pembesar Tempatan  
  • Kedudukan Raja dan Pembesar Melayu Diberi Perhatian
  • Menjadi Inspirasi kepada Pejuang Kemerdekaan Tanah Air


Disediakan oleh : Muhammad Zharfan Naqiuddin Bin Mohd Saiful

Comments

Popular posts from this blog

BAB 1 : KEDATANGAN KUASA BARAT

BAB 8 : Kebijaksanaan Raja dan Pembesar Melayu Menangani Cabaran Barat