BAB 1 : KEDATANGAN KUASA BARAT

 1.1 Kestabilan dan Kemakmuran Negara Kita

Kestabilan

Sistem Pemerintahan dan Struktur Sosial

Negara kita mengamalkan sistem pemerintahan beraja yang diwarisi daripada Kesultanan Melayu Melaka. 
- Di Sarawak dan Sabah telah mempunyai sistem pemerintahan masyarakat tempatan yang lebih awal.

Sistem Pemerintahan Beraja

SULTAN (Negeri)
- Pentadbiran pada peringkat negeri diketuai oleh raja atau sultan.
Baginda menjadi lambang kedaulatan negeri.
Kaum kerabat diraja serta pembesar membantu pentadbiran dan melaksanakan perintah sultan.

PEMBESAR (Jajahan/Daerah)
- Jajahan dan daerah ditadbir oleh pembesar yang dilantik oleh sultan.
- Pembesar melaksanakan tugas menjaga keamanan, kemakmuran, kestabilan dan membantu mengekalkan kedaulatan negeri
.

PENGHULU (Mukim)
- Kampung ialah unit paling kecil dalam sistem pemerintahan masyarakat Melayu. 
- Ketua kampung ialah Penghulu atau Penggawa. 
- Ketua kampung menyampaikan arahan daripada raja atau pembesar kepada orang kampung.

Hierarki Pemerintahan di Negeri Sembilan

- Anak Buah dan Ibu Soko
- Buapak
- Lembaga
- Undang
- Yamtuan Besar atau Yang di-Pertuan Besa

Sistem Pemerintahan di Sarawak

- Sistem Kesukuan 
- Sistem Kesultanan

Sistem Pemerintahan di Sabah

Sistem Kesukuan 
- Sistem Kesultanan
- Sistem Ketua Bebas

Perundangan

• Negara kita telah mempunyai sistem perundangannya sendiri. 
• Terdapat dua jenis undang-undang, iaitu undang-undang tidak bertulis dan undang-undang bertulis. Undang-undang tidak bertulis ini dikenali sebagai adat.
• Di Sarawak dan Sabah, peraturan hidup dan undang-undang berdasarkan hukum adat yang diamalkan secara tradisi serta turun-temurun melalui kepercayaan suku masing-masing. 

Hubungan Luar 

• Kestabilan negara kita dapat dilihat melalui hubungan dengan negara luar dalam bentuk ekonomi, politik dan sosial. 
• Pemerintah di negara kita berjaya memanfaatkan hubungan dengan pedagang British dan Belanda untuk kepentingan negeri masing-masing. 
• Kebijaksanaan pemerintah tempatan menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan menyebabkan mereka dapat meluaskan pengaruh, melindungi daripada ancaman musuh, memajukan ekonomi negeri dan menstabilkan sistem pemerintahan

Kemakmuran

1-Hasil Bumi dan Hasil Alam

-Negara kita kaya dengan bahan galian seperti bijih timah, emas dan perak.
-Negara kita juga dikenali sebagai pusat pengeluaran sumber hasil hutan seperti rempah-ratus, damar dan rotan.
-Negara kita juga kaya dengan hasil laut seperti sirip ikan yu, timun laut, rumpai laut dan mutiara.

2-Memanfaatkan Hasil Alam

-Daun mengkuang, daun pandan, daun nipah dan buluh boleh dianyam menjadi tikar atau bakul. Masyarakat Melayu juga mahir dalam bertukang kayu, membuat perahu, membuat perabot daripada rotan dan menempa alat senjata tradisional.
-Di Sarawak, terdapat juga kegiatan menenun kain pua dan menyulam selendang.

3-Sistem Ekonomi

(i) Perdagangan dan Pelabuhan
-Pelabuhan Johor, Kedah, Klang dan Melaka menjadi pusat mengumpul barangan dari timur dan barat. --Syahbandar dilantik bagi mengurus pelabuhan. 

(ii) Timbang, Sukat dan Ukur
-Masyarakat Melayu menggunakan sukatan seperti kepul, leng, kal, cupak dan gantang. 
1 leng = 2 kepul                       
1 kal = 2 leng 
1 cupak = 4 kal 
1 gantang = 4 cupak

-Kemudian orang Melayu mengambil sistem timbangan dari pedagang China yang memakai sistem kati, tahil dan pikul yang digabungkan dengan sukatan pikul orang Melayu
16 tahil = 1 kati 
100 kati = 1 pikul

-Bagi timbangan emas dan perak, orang Melayu mengambil timbangan pedagang India.
12 saga = 1 mayam 
16 mayam = 1 bungkal 
12 bungkal = 1 kati

(iii) Mata Wang
Pada mulanya, pedagang menggunakan sistem barter (tukar barang) dalam urusan perdagangan. Kemudian, mata wang digunakan, iaitu wang logam yang diperbuat daripada timah dan emas. Idea menggunakan mata wang daripada logam timah atau emas dalam urus niaga menjadi ikutan negeri-negeri Melayu lain untuk mengeluarkan mata wang masing-masing.  














4-Kegiatan Keintelektualan 

-Pendidikan Tidak Formal
• Merupakan pendidikan awal atau asuhan dalam institusi keluarga.
• Kanak-kanak diajarkan kemahiran
• Mereka juga diajarkan ilmu agama, berpekerti mulia, cara berkawan dan menjaga maruah.
• Pendidikan tidak formal diberikan melalui pantun, syair, peribahasa, pepatah, pantang larang, cerita berbentuk teladan dan pengajaran.
•Penduduk bumiputera di Sarawak dan Sabah menerima pendidikan tidak formal dan pendidikan formal. Matlamatnya membolehkan mereka berdikari apabila dewasa kelak.
•Di Sarawak, pendidikan tidak formal diperoleh melalui cerita lisan yang berkaitan dengan amalan dan kepercayaan turun temurun sesuatu etnik.
•Di Sabah, pendidikan tidak formal dipelajari oleh kanak-kanak melalui keluarga atau masyarakat di tempat mereka tinggal.

5-Pendidikan Formal

• Istana
- Hal pentadbiran negara.
- Sistem politik.
• Masjid dan surau
- Cara bacaan dalam solat dan tajwid serta mempelajari hadis, fekah dan usuludin.
• Pendidikan pondok
- Mata pelajaran yang diajar ialah al-Quran, ilmu hadis dan bahasa Arab.
• Madrasah
- Mempunyai sukatan pelajaran.
- Dilaksanakan secara kelas.
- Mempunyai tahap permulaan, pertengahan dan pengkhususan.
- Diawasi oleh mudir (guru besar).
• Di Sarawak, pendidikan formal dijalankan di masjid dan sekolah agama. 
• Di Sabah, pendidikan secara formal amat terhad. Etnik yang beragama Islam belajar membaca al-Quran dan belajar menulis tulisan jawi di surau, pondok dan rumah guru agama.
• Bahasa Melayu dan tulisan Jawi berkembang dengan pesat. Bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu dan bahasa lingua franca dalam dunia perdagangan di Alam Melayu

1.2 Faktor Kedatangan Kuasa Barat ke Negara Kita

Kedatangan Kuasa Barat pada Abad Ke-16

Barangan Mewah

• Kuasa-kuasa Barat pada ketika itu berminat untuk mendapatkan bahan seperti rempah-ratus, minyak wangi, emas, perak, batu permata, gading dan hasil hutan. 
• Orang Eropah perlu mendapatkan barangan mewah dari China seperti teh, sutera dan tembikar.

Pusat Pengumpulan Barang 

• China mahukan emas, perak, bijih timah dan rempah-ratus.
• Syarikat perdagangan tersebut memerlukan pelabuhan di tengah-tengah laluan perdagangan di antara India dan China.

Pelabuhan Persinggahan 

• Tempat berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun
• Memudahkan kapal berlabuh, mengisi bekalan air, makanan dan kemudahan membaiki kapal

Agama Kristian

 • Faktor utama penjajahan kuasa Barat ke negara kita

Kedatangan Kuasa Barat pada Abad Ke-17 dan Abad Ke-18 

Revolusi Perindustrian 

 • Berlaku di Britain sejak abad ke-17
 • British memerlukan pusat perdagangan, dan meluaskan tanah jajahan yang dapat membekalkan bahan mentah
 •Mereka memerlukan kawasan pasaran yang luas untuk memaksimumkan keuntungan

Kedatangan Kuasa Barat pada Abad Ke-19 dan Abad Ke-20 

1-Perkembangan Industri Kereta
• Kereta dan ciptaan tayar menambahkan permintaan untuk getah asli.
• Getah asli merupakan bahan yang penting dalam perusahaan penebat barangan elektrik
2-Kesuburan Tanah dan Kekayaan Hasil Bumi
• Negara kita mempunyai tanah yang luas, subur dan iklim yang sesuai
• Negara kita juga kaya dengan hasil bumi seperti bijih timah, bijih besi, emas, petroleum dan arang batu.
3-Industri Mengetin
• Pada abad ke-19, terdapat beberapa jenis ciptaan baharu di Amerika Syarikat yang memerlukan penggunaan bijih timah
• Permintaan untuk bijih timah dari negeri-negeri Melayu bertambah dengan pesat.
4-Pembukaan Terusan Suez  
• Menghubungkan Pelabuhan Said di Laut Mediterranean dan Suez di Laut Merah telah mempercepat urusan perdagangan
• Perdagangan di antara Alam Melayu dan benua Eropah semakin bertambah dengan pembukaan terusan ini.
5-Ciptaan Kapal Wap
• Pada abad ke-19, kapal wap dicipta. 
• Penggunaan kapal wap penting kerana dapat membawa muatan yang banyak, perjalanannya lebih cepat dan menjimatkan kos.
• Penghantaran barang dagangan menjadi semakin mudah dan murah.
6-Persaingan Kuasa Barat
• Kuasa-kuasa Barat : Britain, Jerman, Perancis, Sepanyol dan Amerika Syarikat
• Berperang untuk menakluki kawasan atau wilayah di luar Eropah.
• Kuasa-kuasa Barat menganggap semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan yang diperoleh kuasa-kuasa Barat itu.
7-Ciptaan Telegraf
• Membolehkan ahli perniagaan di benua Eropah dan Amerika Syarikat menghubungi ejen atau wakil mereka di Tanah Melayu dengan cepat
• Penglibatan Tanah Melayu dalam kegiatan pasaran dunia antarabangsa semakin penting.
8-Slogan “Beban Orang Putih”
• Mereka menggunakan berbagai-bagai slogan untuk mewajarkan tindakan mereka
• Kuasa Barat menggunakan slogan “Beban Orang Putih” yang bermaksud tanggungjawab mereka dan tugas mereka adalah untuk membantu dan memberikan kesejahteraan kepada peribumi di wilayah yang dijajah.
• Kuasa Perancis pula menggunakan muslihat “Tugas Menyebarkan Tamadun” kepada penduduk dunia bukan Barat yang dianggap mundur.
 

1.3 Persaingan Kuasa Barat untuk Mendapatkan Tanah Jajahan


• British menjadikan Kesultanan Brunei sebagai sebuah negeri naungan British.
• Perancis meluaskan kuasanya di Indochina dan merancang membina terusan di Segenting Kra.
• Rusia berhasrat membuka petempatan di Ujung Salang.
• Jerman berusaha mendapatkan Pulau Langkawi.
• Amerika Syarikat ingin bertapak di Terengganu.
• Pihak persendirian, iaitu keluarga Brooke menguasai wilayah Sarawak. Pada tahun 1853 hingga tahun 1905, keluarga Brooke memperluas kawasan pemerintahan mereka hingga sempadan Brunei.
• Syarikat dagang British, iaitu Syarikat Borneo Utara British (SBUB) membeli wilayah-wilayah Sabah daripada Sultan Brunei dan Sultan Sulu.
• Belanda berusaha mendapatkan seluruh Kepulauan Hindia Timur.
• Portugis berusaha mendapatkan Timor Leste.
• Sepanyol menakluki Kesultanan Sulu.

1.4 Perbezaan Strategi Kuasa Barat untuk Menguasai Negara Kita

Strategi Belanda untuk Menguasai Negara Kita

1.Serangan Fizikal
- Tahun 1650 dan 1651: Belanda berperang dengan penduduk di Pulau Pangkor dan Kuala Perak kerana Belanda memonopoli bijih timah.
-Tahun 1763: Belanda berperang dengan Johor kerana salah faham mengenai perdagangan.
-Tahun 1784: Berperang dengan angkatan Johor dan Selangor disebabkan perebutan perairan Selat Melaka
-Tahun 1784 dan 1785: Berperang dengan angkatan Selangor

2.Perjanjian
-Tahun 1650: Belanda membuat perjanjian untuk mendapatkan bijih timah dengan Perak.
-Tahun 1786: Belanda membuat perjanjian dengan Selangor. Sultan Ibrahim bersetuju menjual bijih timah kepada Belanda

3.Pakatan
-Tahun 1641:  Pakatan dengan Johor diadakan dan berjaya mengalahkan Portugis di Melaka
-Belanda mengadakan pakatan dengan British dan bersetuju memeterai Perjanjian Inggeris-Belanda 1824.

Strategi British untuk Menguasai Negara Kita 

1.Tipu Helah
-British menggunakan kaedah ini untuk mendapatkan Pulau Pinang.
-Sultan Kedah ditipu oleh Francis Light.

2.Pajakan
-British meluaskan pengaruhnya ke atas Sabah melalui pajakan dan pemberian piagam Syarikat Borneo Utara British.

3.Pakatan
-British mendapatkan Melaka dan Belanda memperoleh Bangkahulu.
-British dan Belanda berpakat memeterai Perjanjian Inggeris-Belanda 1824.

4.Perjanjian
-Sultan Perak, Sultan Selangor, Yamtuan Seri Menanti dan Sultan Pahang didesak untuk memeterai perjanjian menerima naungan British.
-James Brooke diiktiraf oleh Sultan Brunei sebagai Raja Sarawak yang merdeka.

5.Serangan Fizikal
-Penghulu Naning Dol Said enggan tunduk kepada kekuasaan British di Melaka.
-Tahun 1831 dan 1832: British menyerang Naning.
-Kuala Terengganu dibedil oleh British dan meminta Sultan Omar tidak campur tangan dalam urusan perang saudara di Pahang serta masalah takhta Sultan Mahmud Lingga.

6.Ugutan dan Desakan
-Selangor dan Pahang diugut dan didesak untuk menerima Residen British.
-Sultan Brunei didesak oleh James Brooke supaya diiktiraf sebagai Raja Sarawak

7.Manipulasi
-British mendapatkan Singapura.
-Tahun 1871: British menggunakan peluang perebutan takhta di Perak untuk campur tangan.
-Di Selangor, kejadian lanun merompak kapal dagang dan menyerang Rumah Api Tanjung Rachado dijadikan alasan untuk British campur tangan.
-Di Negeri Sembilan, konflik antara dua pembesar Sungai Ujong digunakan sebagai kesempatan untuk campur tangan.

Comments

Popular posts from this blog

BAB 7 : Penentangan Masyarakat Tempatan

BAB 8 : Kebijaksanaan Raja dan Pembesar Melayu Menangani Cabaran Barat