BAB 8 : Kebijaksanaan Raja dan Pembesar Melayu Menangani Cabaran Barat


  8.1 reaksi pemerintah negeri-negeri melayu utara dan Johor

 terhadap tindakan barat

 

protokol sempadan perjanjian bangkok memecahbelahkan wilayah negeri negeri melayu utara

peluasan pengaruh British melalui perjanjian bangkok 1909 memecahbelahkan wilayah negeri negeri melayu utara . british dan siam bersetuju menjadikan legeh(kawasan tanah tinggi yang memisahkan dua hulu sungai atau lebih) dan lembah sungai sebagai sempadan berdasarkan protokol sempadan perjanjian bangkok.




reaksi pemerintah negeri negeri melayu utara terhadap perjanjian bangkok

 reaksi pemerintah perlis

- melalui protokol sempadan perjanjian bangkok 1909, perlis kehilangan wilayah pujoh

- raja syed alwi jamalulai membantah tindakan siam mengambil wilayah pujoh dan dimasukkan ke dalam wilayah setul 

-wilayah pujoh sepatutnya menjadi sebahagian daripada perlis kerana sebelum itu pujoh ditadbir oleh kerajaan perlis


reaksi pemerintah kedah 

-sultan abdul hamid berasa tersinggung kerana tidak dibawa berunding perihal negeri baginda 

-kedah kehilangan wilayah sadao,setul,pulau terutau,butang dan pulau pulau sekitarnya kepada siam 

-sultan abdul hamid halim shah menegaskan sempadan baharu di antara kedah dan siam harus ditentukan mengikut kriteria sempadan yang sedia ada dan tidak memaafkan pihak yang menjual kedah seperti menjual seekor kerbau


reaksi pemerintah terengganu

- sultan zainal abidin III mengecam tindakan siam menyerahkan terengganu kepada british tanpa pengetahuan baginda 

-baginda menyatakan bahawa penghantaran bunga emas sebagai tanda persahabatan bukan tanda jajahan siam

-baginda mengemukakan bantahan kepada gabenor negeri negeri selat pada 24 mei 1909


reaksi pemerintah kelantan 

-J.S Mason dan wakil siam datang ke kota bharu menghadap Sultan Muhammad IV memaklumkan persetujuan antara british dan siam melalui perjanjian bangkok 1909. dalam pertemuan tersebut baginda menolak perjanjian berkenaan

-baginda juga kecewa dengan tindakan british menyerahkan wilayah tabal yang dihuni kira kira 15000 orang melayu kepada siam.




kebijaksanaan pemerintah johor menyekat kemaraan british



kewibaan temenggung ibrahim(1825-1862)



1)menjamin keselamatan perairan 

-memastikan perairan johor dan singapura selamat untuk perdagangan 

-mendapat hadiah pedang keemasan daripada ratu victoria


2)mengasaskan bandar Iskandar Puteri 

-memindahkan pusat pentadbiran Johor dari teluk belanga.singapura ke tanjung puteri untuk mengelakkan tekanan british di negeri negeri selat yang juga berpusat di singapura 

-mengisytiharkan tanjung puteri sebagai ibu negeri johor dan dinamakan bandar iskandar puteri


3)memodenkan pentadbiran negeri

-mempolori birokrasi moden

-sistem tradisional diperkukuh dengan unsir baharu dari barat ke dalam sistem pentadbiran seperti pendidikan moden.


4)mengeksploitasi hasil hutan 

-menguluarkan hasil hutan terutama getah perca untuk dijual kepada pedagang british 


5)memperkenalkan sistem kangcu 

-menggalakkan kemasukan orang cina untuk mengusahakan tanaman gambir dan lada hitam 



8.2 Tindakan raja melayu dalam menangani cabaran barat


raja raja melayu menggunakan pelbagai strategi bagi melindungi kepentingan bangsa dan kedaulatan negeri dalam menghadapi cabaran perluasan kuasa barat 


1.tuntutan raja melayu melalui durbar


durbar di Kuala Lumpur 1903

-sultan perak,sultan idris murshidul adzam shah mengkritik pemusatan kuasa di tangan residen jeneral dan mendesak dilaksanakan langkah mengembalikan kuasa kepada institusi raja

-baginda juga mendesak bilangan pegawai melayu dalam perkhidmatan kerajaan persukutuan ditambah dan dilantik ke jawatan yang lebih tinggi 

-yang di-pertuan besar negeri sembilan,tunku muhammad ibni yamtuan antah menuntut bahasa melayu digunakan sebagai bahasa rasmi persekutuan


durbar di pekan,pahang 1932

- Sultan Iskandar Shah Perak mendesak mengembalikan kuasa pemerintahan


durbar di klang,selangor 1937

-Tuanku Abdul Rahman Negeri Sembilan menggesa peluang perkhidmatan buruh dari Alam Melayu

-Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muazzam Shah Pahang mendesak british memberikan perhatian kepada masalah orang Melayu - tiada pekerjaan, tanah.


durbar di seri menanti,negeri sembilan 1937


- Sultan Hisamuddin Alam Shah Selangor menubuh Malay Girls College untuk meningkatkan pendidikan kaum wanita.


2.diplomasi menangani tekanan british


i.diplomasi sultan abu bakar johor 

1)mengadakan hubungan baik  dengan kerajaan negeri negeri selat


-British mengekalkan Teluk Belanga, Singapura sebagai milik Johor

-Baginda menetap di singapura sehingga 1889 sebelum berpindah ke Johor



2)kunjungan ke england bertemu dengan ratu victoria


-baginda dikurniakan gelaran Maharaja Johor pada 1868

-meredakan tekanan gabenor negeri negeri selat

-diberi kepercayaan menyelesaikan pertikaian di negeri negeri melayu


3)menubuhkan lembaga penasihat johor 

-ahli dilantik oleh baginda dalam kalangan pegawai membantu menasihati dalam hal pentadbiran


ii.diplomasi sultan zainal abidin III terengganu

1)kebijaksanaan dalam rundingan 

-berangkat ke Singapura berunding dengan Gabenor NNS selepas Perjanjian Bankok


   2)menandatangani perjanjian british-terengganu 1910

-hanya bersetuju menandatangani perjanjian jika mengakui Terengganu negeri merdeka




3.keenggangan pemerintah negeri negeri melayu utara menerima penasihat british


perlis

-pada 15 julai 1909 meadow frost dilantik sebagai penasihat british

-28 April 1930, Perjanjian Perlis-British menerima naungan British, meningkatkan kawalan Penasihat terhadap pentadbiran negeri melalui Majlis Mesyuarat Negeri Perlis.

kedah

-pada 15 julai 1909,W.G Maxwell menjadi penasihat british

-Majlis Mesyuarat Negeri Kedah diterajui oleh Tunku Mahmud menganggapnya melampaui mencampuri urusan pentadbiran negeri,menuntut surat rasmi mesti melalui Residen Jeneral, ditulis dalam BI, mengetepikan nama Kedah dalam surat rasmi, mengibarkan Union Jack di kediamannya

-Perjanjian Kedah-British 1 November 1923. Walaupun menjadi naungan British, mengekalkan identity sebagai negeri Melayu: penggunaan BM dalam pentadbiran,perunddangan, penggunaan kalender Hijrah, cuti umum hari Jumaat, keutamaan melantik pegawai Melayu dalam pentadbiran.


kelantan

-J.S mason dilantik sebagai penasihat british

- perjanjian 1910, Sultan Kelantan mengikut, melaksanakan nasihat Penasihat British, tidak berhubungan dengan kuasa luar.


terengganu

-hanya menerima wakil tidak berkuasa dalam pentadbiran pada 1910

-sultan muhammad didesak menandatangani perjanjian terengganu-british pada 24 mei 1919.perjanjian ini menjadikan wakil british ditukarkan menjadi penasihat british.penasihat british pertama di terengganu ialah J.L humpreys



4.mengubal undang undang tubuh

johor

-14 April 1895, Sultan Abu Bakar, menjadikan Johor negeri Melayu pertama mengamalkan sistem raja berpelembagaan, berunsur demokratik

  • kandungan undang undang tubuh kerajaan johor
          -Sultan Menteri, Jemaah Pangkuan Kerajaan tidak menyerahkan negeri kepada kuasa asing,                     Jemaah Menteri terdiri daripada Melayu, rakyat, Islam, Islam sebagai agama hegeri selama-                   lamanya.

  •  kepentingan 
          -mengimbangi kuasa British, mempertahankan identity negeri, kerajaan berterakan demokrasi


terengganu

   pada 2 november 1911,sultan zainal abidin III mengubal undang undang tubuh iaitu undang undang bagi diri kerajaan terngganu


  •   kandungan undang undang terengganu  
         -terengganu merupakan Kerajaan Melayu Islam, asas perundangan negeri Islam, tidak                              menyerahkan negeri kepada kuasa asing. Jika menyerah hendak turun takhta, Menteri Besar                    mesti Islam, rakyat, Ahli Mesyuarat Negeri boleh bukan Islam tetapi rakyat.

  •   kepentingan 
        -memantapkan pentadbiran, memelihara kedautan, mengukuhkan perpaduan, menghalang campur           tangan



5.raja menerajui pemodenan negeri


johor

-Sultan Abu Bakar dengan kerjasama Majlis Jemaah Menteri meneruskan pemodenan pentadbiran Temenggung Daeng Ibrahim, bersama pembesar berwibawa, menubuhkan jabatan mengurus pembangunan rakyat, negeri, cekap dan berkesan sehingga British tiada ruang untuk campur tangan.


kedah

-Sultan Abdul Hamid Halim Shah dikenaali sebagai "Bapa Kedah Moden".dia dibantu pembesar negeri semasa pemodenan.


-pada Abad 19,kedah mewujudkan Jabatan Perbendaharaan, Tanah dan Ukur, Audit, Pejabat Besar Pos dan Telekom, Mahkamah Keadilan, Pasukan Polis Kedah.

terengganu


-Sultan Zaianal Abidin III bersama Yang Dipertuan Mulia Tengku Muhammad menubuhkan Jemaah Mesyuarat Kerajaan, Jemaah Menteri 1912, jabatan kerajaan Pejabat Setiausaha Kerajaan, Perbendaharaan, Pesuruhjaya Keadilan, Agama dan Pelajaran, Kerja Raya, Pesuruhjaya Hutan.

 


8.3 usaha pembesar melayu dalam pemodenan negeri



1. pembangunan sosioekonomi

  •    long jaafar        
        - Larut, memperkenalkan negeri Melayu di pasaran dunia sebagai pengeluar utama bijih timah,                menggalakkan pusat pengajian agama dan membina Sekolah Melayu Matang 1826 memberikan              pendidikan kepada anak tempatan.
  •    tengku menteri ngah ibrahim
        -menemui Sultan Abu Bakar mempelajari sistem pentadbiran moden bagi mamjukan                                 Larut,usahanya berakhir apabila dibuang ke negeri ke Pulau Seychelles.


2. pembangunan pertanian

  • wan muhammad saman
            -Tokoh Pembangunan Negeri Kedah, membina terusan dari Alor Setar ke kaki Gunung Jerai,                   Gurun, dikenali Terusan Wan Muhammad Saman, banyak tanah dibuka untuk tanaman padi                    dan terusan unruk mengairinya


3. pembangunan bandar
  • dato' muhammad salleh bin perang
           -melukis peta lengkap pertama Johor memudahkan kerajaan menggerakkan pembangunan                       pertanian, perbandaran, sistem perhubungan. Pembukaan Bandar Maharani(Muar), Endau,                     Bandar Penggaram(Batu Pahat)
          
              peta johor dilukis dato muhammad salleh bin perang:  





4. pentadbiran dan pendidikan

  •     dato' jaafar bin muhammad 
          -mengarahkan bendera Union Jack dikibarkan lebih randah daripada bendera Johor,                                 memartabatkan BM dalam penulisan surat rasmi kerajaan, mewajibkan pegawai British                           memakai pakaian rasmi Johor     

  •     dato' abdul rahman bin andak
           - mematahkan usaha peluasan kuasa British menyebabkannya dibersarakan daripada         n                       pentadbiran Johor atas desakan British, perintis penubuhan Pakatan Belajar Mengajar                             Pengetahuan Bahasa 1888 merupakan badan persuratan terulung ketika itu.

  •    dato' muhammad ibrahim munsyi
             -penubuhan Jabatan Pelajaran 1883, sekolah di Johor, Jawatankuasa Pelajaran Negeri, mendesa                diwartakan pendidikan wajib kepada kanak-kanak Johor.

  •    syeikhul islam terengganu       
            -terkenal dengan dengan gelaran Tok Ku Paloh.memberi nasihat dan semangat perjuangam                       kepada sultan ketika berhadapan peluasan kuasa British di Terengganu



5. ahli majlis mesyuarat persukutuan

-Dato’ Abdullah Haji Dahan dan Raja Chulan menuntut pembentukan Rejimen Askar Melayu Diraja untuk menjaga keselamatan bangsa, mendesak British membuka lebih banyak peluang kepada anak- anak watan dalam perkhidmatan awam.


6. kepimpinan tempatan di sarawak dan sabah

  •       datuk hakim imam abang haji murshidi
                - bersama Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah, Abang Haji Bolhassan menubuhkan sekolah                     khas kaum wanita mempelajari ilmu agama dikenali Sekolah Kajang         

                -pada tahun 1925,beliau dilantik sebagai Datuk Hakim dan Ahli Majlis Tertinggi dan Majlis                    Negeri Sarawak       

                   -pada tahun 1932,beliau dilantik sebagai datu imam

                -beliau juga Mengasaskan Majlis Syuyukh Islam kemudiannya dikenali Majlis Islam Sarawak

  

  •        orang kaya kaya haji mohammad arshad    
              -menjaga keamanan, mengutip cukai, mengurus hal.

              -menjadi hakim di mahkamah anak negeri



       

        8.4 keberkesanan peranan pemerintah tempatan dalam menangani cabaran barat

  

   1. kemakmuran ekonomi

  - pemodenan dalam pentadbiran dan ekonomi menarik ramai pelabur asing .

  -usaha memajukan perlombongan bijih timah oleh tengku menteri  ngah ibrahim menjadikan perak sebagai pengeluar bijih timah utama dunia

  -wujud pelabuhan pelabuhan di sabah dan sarawak.sabah dan sarawak juga menjadi pengekspot hasil hutan kerana kaya dengannnya.


   2.melambatkan perluasan kuasa british 

   -british hanya berjaya menempatkan penasihat am british di johor 

   -terengganu merupakan nergeri terakhir menerima penasihat british


jadual perluasan kuasa british di negeri negeri melayu:






3. kemajuan pendidikan 
 
 pendesakan raja raja melayu melalui durbar membawa kepada penubuhan sekolah termasuk sekolah perempuan



4. penubuhan askar rejimen askar melayu diraja

  pada tahun 1933,,komoeni percubaan diwujudkan di port dickson yang kemudiannya menjadi rejimen askar melayu pada tahun 1935



  5. pegawai tadbir melayu
 
  kemunculan generasi pentadbir melayu bermula pada tahun 1910 apabila skim perkhidmatan tadbir melayu (PTM) ditubuhkan 

  
  
  6. mempertahankan institusi beraja
  
   raja raja membuktikan kebolehan berdiplomasi sehingga institusi raja dapat dikekalkan.british hanya dapat mengambil alih pemerintahan pada peringkat pembesar negeri.



 

Comments

Popular posts from this blog

BAB 7 : Penentangan Masyarakat Tempatan

BAB 1 : KEDATANGAN KUASA BARAT