BAB 5 : PENTADBIRAN BARAT DI SARAWAK DAN SABAH

5.1 Latar Belakang Pemerintahan Tempatan di Sarawak dan Sabah 

 PENGENALAN 

1.  Masyarakat tempatan di Sarawak dan Sabah telah ăncmpunyai sistem pentadbiran yang berkesan kedatangan kuasa asing.

2.  Sistem pcmerintahan yang diamalkan ini mempunyai kelebihan dan mcnyumbang kcpada keharmonian serta kemakmuran di negeri-negeri ini.

3. Sistem ini menjadi panduăn dalam perkembangan politik, ekonomi, dan sosial masyarakat tempatan di Sarăwak dan Sabăh.

4. Di Sarawak, terdapat beberapa kerajaan Melayu seperti Sawaku, Kalaka, Samadong dan Melano.



Sistem Pemerintahan Tempatan

1. Sistem pemerintahan di Sarawak dăn Sabah mempunyai persamaan dan perbezaan.

 2. Setiap suku kaum di Sarawak dan Sabah mcmpunyai ketua rurnah tetapi disebut mengikut dialek masing- masing namun semuanya mempunyai maksud yang sama.

 Sistem Kesukuan



GELARAN KETUA SUKU KAUM

Melanau - Menteri

Kenyah - Peran Lepo

Kayan - Keturunan Maren

Iban - Tuai Rumah

Bidayuh - Tua Kampung

SISTEM PENTADBIRAN TEMPATAN

1.Sebelum kedatangan kuasa Barat, pengaruh Kesultanan Brunei telah wujud di Sarawak dan Sabah. 
2.Di Sabah selain Kesultanan Brunei, wujud pengaruh Kesultanan Sulu di bahagian pantai timur Sabah.


Sistem Pentadbiran di Sarawak

      Sistem pemerintahan di Sarawak dipengaruhi oleh sistem pentadbiran Kesultanan Brunei.

      Sistem pentadbiran di Sarawak terbahagi kepada tiga bentukj iaitu Sungai Kerajaan, Sungai Tulin, dan Sungai Kuripan.

      Pembesar tempatan yang menjadi wakil Sultan Brunei atau pembesar yang memiliki wilayah tersebuc menjalankan pentadbiran.

 Kamsan di Sungai Sarawakditadbir oleh Datu Patinggi Datu Bandar, dan Datu Temenggungsebagai wakil Sultan Brunei.

  •         Kawasan pedalaman pula ditadbir oleh Orang Kaya (OK). Antaranya termasuklah O.K. Beti di Padehw O.K. Antau di Rimbasj O.K. Jugah di Lunduj dan OK. Gasing di Skrang.
  •           Kuasa Kesultanan Brunei di Sarawak adalah berasaskan sistem penguasaan tanah.





Sistem Kedatuan di Sarawak

  •  Merupakan sistem pemerintahan tradisi masyarakat Melayu di Sarawak yang berpusat di sekitar Sungai Sarawak.

. Merupakan kesinambungan daripada sistem kerajaan yang terdapat di Sarawak sebelum inie Diamalkan oleh kerajaan-kerajaan awal yang wujud di Sarawak.

Kerajaan Sawaku yang ditadbir oleh Datu Merpati Jepang merupakan antara kerajaan awal yang terletak di sekitar Sungai Sarawak.

    Keturunan Datu Merpati Jepang menguasai pentadbiran di wilayah ini secara turun-menurun dengan menggunakan gelaran Datu Patinggi, Datu Bendahara (Datu Bandar) dan Datu Temenggung

    Golongan pembesar ini menjadi wakil bagi pihak Sultan Brunei.

• Mereka berkuasa mentadbir Sarawak tanpa campur tangan Kesultanan Brunei.

  • MMereka bertanggungjawab menjalankan pentadbiran dan membangunkan Sarawak.

Sistem Pentadbiran di Sabah




Sistem Ketua Bebas di Sabah


1.      Pada abad ke-17 dan 18, sistem pencadbiran Ketua Bebas djjalankan di kawasan-kawasan yang kuasa Sultan Brunei dan Sulu yang agak lemah acau tjdak berkesan.

2. Sistem ini bergantung pada kemampuan individü untuk memerintah kawasan yang dikuasainya


KETUA BEBAS
  •        Muncul daripada sikap berani dan keperwiraan seseorang tokoh yang mencabar kewibawaan sultan di kawasannya.
  •        Mereka mempunyai pertalian keluarga dengan Sultan Brunei atau Sultan Sulu.
  •        Mereka memerintah dengan menggunakan undang-undang tersendiri dan tidak mengiktiraf kuasa lain.
  •       Antara Ketua Bebas yang terkenal:
  1.        Syarif Osman yang berkuasa di daerah Marudu antara tahun 1830 1840.
  2.        Datu Kerunding yang berkuasa di daerah. Tungku pada akhir abad ke-19.  
  •     Mereka berkuasa dan bertanggungjawab menjalankan pentadbiran di kawasan masing- masing.



5.2 Peluasan Kuasa Dinasti Brooke di Sarawak

Pengenalan

 

  •         Perluasan kuasa Barat di Sarawak dilakukan oleh pihak persendirian,  iaitu James Brooke.
  •            James Brooke berusaha untuk menguasai Sarawak kerana tertarik dengan kekayaan Sarawak terutamanya sagu, antimoni, dan emas.
  •        Beliau menggunakan pelbagai strategi untuk meluaskan kuasanya
  •        James Brooke menggunakan alasan perpecahan politik di Sarawak dan kegiatan pelanunan untuk memperoleh Sarawak daripada Kesultanan Brunei
  •       James Brooke dan keluarganya berusaha meluaskan kuasa mereka ke seluruh Sarawak

Sarawak ketika Kehadiran James Brook

I. Kawasan Sungai Sarawak merupakan kawasan ekonomi yang penting.

2. Pengiran Indera Mahkota dihantar oleh Sultan Brunei ke kawasan ini sebagai pembesar Brunei untuk menguasai ekonomi.

3.  Pada tahun 1820-an, masyarakat Melayu bertumpu di Lidah Tanah yang terletak di sekitar Sungai Sarawak.

4. Kawasan Sungai Sarawak menjadi pusat perdagangan dan pentadbiran.

5. Kawasan ini sangat strategik kerana mampu mengawal kegiatan perdagangan sungai dan kawasan




Beberapa individu yang terlibat dalam Pencaturan Politik dan pemerintahan di sarawak antara tahun 1830-an hingga 1840-an

Sultan Omar Ali Saifuddin II, Sultan Brunei 

 
  • Sultan Brunei yang mentadbir wilayah Sarawak pada tahun 1827.
  • berhasrat mengawal kegiatan perdagangan di sarawak 
  • menghantar Pengiran Indera Mahkota untuk mentadbir Sarawak


Pengiran Raja Muda Hashim 


  • Merupakan bapa saudara Sultan Brunei
  •    Dihantar oleh Sultan Brunei untuk menyelesaikan masalah penentangan penduduk tempatan di Sarawak
  • Berusaha memujuk Datu Patinggi Ali dan Pembesar Melayu, namun gagal.
  • Beliau meminta bantuan James Brooke untuk menamatkan penentangan.

Pengiran Indera Mahkota


  • Wakil Sultan Brunei yang memerintah Sarawak.
  • Mendirikan pusat pentadbiran di Kuching
  •    Menimbulkan perbalahan dengan pembesar tempatan kerana mengenakan cukai yang tinggi dan kerahan tenaga.
  •     Datu Patinggi Ali memimpin gerakan penentangan yang ingin membebaskan sarawak daripada cengkaman Pengiran Indera Mahkota.


James Brooke


  •     Mencari peluang untuk mendapatkan Sarawak 
  •   Pada peringkat awal, menjalankan aktiviti perdagangan di antara Sarawak dan Singapura dengan kapalnya, Royalist 
  •     mendapat sokongan British melalui angkatan tentera laut 
  •     menerima permintaan Pengiran Raja Muda Hashim untuk menyelesaikan maslah di Sarawak
  •   James Brooke mengenakan syarat , iaitu Pengiran Raja Muda Hashim perlu menyerahkan Sarawak kepada beliau.



Datu Patinggi Ali
 

  •    Pembesar tempatan Sarawak
  •    melakukan penentangan terhadap pentadbiran Brunei pada tahun 1836
  •    menentang tindakan wakil sultan Brunei yang menjejaskan kehidupan masyarakat tempatan
  •    bersetuju bertanding dengan James Brooke dan menamatkan penentangan terhadap Brunei



James Brooke Mendapatkan Kuasa Pemerintahan

1.     Masalah yang berlaku di Sarawak memberi peluang kepada James Brooke untuk menyelesaikannya dan akhirnya berjaya menguasai Sarawak.

2.     James grooke telah menggunakan empat strategi dalam usaha mencapai matlamatnya.





RUNDINGAN 


  •    James Brooke menggunakan strategi ini untuk berunding dengan Pengiran Raja Muda Hashim apabila diminta untuk menyelesaikan pertelingkahan yang berlaku di Sarawak.
  •    Pengiran Raja Muda Hashim menawarkan Sarawak kepada James Brooke melalui rundingan.

  •  Tawaran ini dilakukan sebanyak dua kali sebelum James Brooke menerimanya.
 

          UGUTAN

  •       James Brooke menggunakan strategi ugutan sebanyak dua kali.
  •    James Brooke mengugut Pengiran Raja Muda Hashin yang tidak bersetuju dengan rundingan yang dilakukan sebelumnya. iaitu menyerahkan Sarawak kepadanya.
  •       Bagi mengatasi hal init James Brooke mengugut Pengiran Raja Muda Hashim dengan bersedia mcnyerang kedudukan Pengiran Raja Muda Hashim di Kuching. Tindakan ini menyebabkan Pengiran Raja Muda Hashim bersetuju menyerahkan pemerintahan Sarawak kepada James Brooke.
  •    Ugutan kedua dilakukan secara tidak langsung kepada pemerintah Brunei, Sultan Omar Ali Saifuddin apabita James Brooke hadir kc Brunei diiringi oleh angkatan tentera laut British.
  •    Kehadiran James Brooke adalah untuk mengesahkan penyerahan Sarawak seperti yang dilakukan oleh Pengiran Raja Muda Hashim.

  •      Tindakan James Brooke menyebabkan Sultan bersetuju mengesahkan penyerahan Sarawak tersebut.


         PERJANJIAN

• James Brooke turut menggunakan perjanjian sebagai strategi untuk meluaskan kuasa.


   Dua perjanjian penting berlaku pada tahun 1841 dan 1842.


(a) Perjanjian 1841: James Brooke dengan Pengiran Raja Muda Hashim

  •      James Brooke memerintah Sarawak dan menguasai hasilnya.
  •         James Brooke harus menghormati dan memelihara undang-undang dan adat Melayu

(b) Perjanjian 1842: James Brooke dengan Sultan Brunei, Sultan Omar Ali Saifuddin


      Sultan Brunei menyerahkan Sarawak dari kawasan Tanjung Datu ke Sungai Samarahan.

      Semua hasil pendapatan kawasan ini diseråhkan kepada James Brooke.

      James Brooke mestilah memberi ufti tahunan sebanyak 2,500 Dolar Sepanyol kepada Sultan Brunei.

      James Brooke tidak boleh campur tangan dalam hal adat dan agama penduduk tempatan.

      James Brooke tidak boleh memindah milik tanpa kebenaran Sultan Brunei.

      Sultan Brunei mengiktiraf James Brooke sebagai Raja Putih Sarawak.

      Kedua-dua perjanjian ini telah membolehkan James Brooke:

(i)       mendapatkan kekuasaan sebagai pemerintah Sarawak;

(ii)   menamatkan kekuasaan Kesultanan Brunei di Sarawak.




            KETENTERAAN
  •     Strategi ketenteraan digunakan oleh James Brooke dalam usaha untuk mendapatkan kuasa di Sarawak.
  •      James Brooke mendapatkan bantuan ketenteraan melalui sokongan kapai HMS Dido yang dimiliki oleh angkatan tentera laut British.
  •     Kapal ini digunakan bagi memerangi ancaman lanun yang mengganggu perdagangan dan ketenteraman Sarawak.


Pengukuhan Kuasa James Brooke

Kekuatan tentera
  • James Brooke mendapatkan bantuan dan sokongan daripada tentera laut british.
  • Kapal perang HMS Dido berjaya menghancurkan kubu kuat orang Iban di Sungai Saribas dan Sungai Skrang
Menentang kebangkitan orang tempatan

  • James Brooke menganggap kebangkitan orang tempatan sebagai lanun
  • Isu ini menjadi alasan tindakan meluaskan kuasa di kawasan orang iban sebagai Tindakan yang tidakan sah dan mendapat sokongan British.


Mengambil kesempatan daripada pertelingkahan yang wujud dalam masyarakat
  • Di Mukah, James Brooke menyokong Pengiran Matusin daripada berkonflik dengan Pengiran Ersat.
  • Pengiran ersat dan anaknya Pengiran Nipa lebih dihormati penduduk tempatan
  • Brooke menyokong Pengiran Matusin hingga membolehkan Brooke memecahkan kekuatan masyarakat tempatan di Mukah.

Memperoleh sokongan sebahagian masyarakat tempatan
  • James Brooke berjaya memperoleh sokongan daripada sebahagian orang tempatan seperti sokongan orang Melayu dan iban.

Menghapuskan tokoh tempatan yang menentang kedudukannya
  • Tokoh tempatan yang menentang James Brooke berjaya disingkirkan
  • Sharif Masahor yang dituduh terlibat dalam pakatan menyingkirkan Brooke dibuang ke Singapura
  • Datu Patinggi Abang Abdul Ghafur bin Abang Qahar dibuang ke Melaka

Memperkukuh pertahanan Sarawak

  • Benteng dan kubu yang dilengkapi dengan meriam didirikan di kawasan yang strategik bagi mengawal kawasan tersebut.
  • Kubu di Sungai Skrang dibina pada tahun 1849 selepas Perang Beting Maru tamat bagi memerhäti pergerakan kaum Iban Skrang daripada menentang pentadbiran Brooke di kawasan tersebut.
  • Kubu ini dinamakan Fort James.
  • Renjer Sarawak ditubuhkan pada tahun 1862 untuk mengawal keamanan dan pertahanan


Sokongan Kewangan

  • James Brooke memperoleh sokongan kewangan daripada pemodal Eropah terutama Baroness Angela Burdett-Counts dalam usaha meluaskan kuasa di Sarawak.

Kronologi Peluasan Kuasa Dinasti Brooke 

Tahun 1841
 James Brooke memperoleh kawasan Kuching, kemudiannya merangkumi kawasan dari Tanjung Datu ke Sungai Samaraham
• James Brooke berjaya menguasai
• Batang Lupar dan Sungai Saribas sejak tahun 1840-an
||

Tahun 1853
• James Brooke menggunakan atasan merghapuskan lanun untuk membanteraskan Penentargan orang Iban di Sanbas dan Batang Lugar
• James Brooke berjaya rnernperoieh Sadorg, eatarg Lupar, Saribas, dan Kataka.
• Sebagai baiasan, separuh darioada hasil pendapatan wilayah ini dbetikan kegada Sultan Abdul Mumin
||

Tahun 1883
  • Orang Kayan di kawasan Sungai Baram bangun menentang Kesultanan Brunei.
  •        Sultan Brunei menyerahkan Baram dan seluruh lembangan Sungai Baram kepada Charles Brooke dengan bayaran ufti sebanyak 4200 Dotar Sepanyol setahun.
||

Tahun 1885

    Kawasan Sungai Trusan adalah di bawah penguasaan Temenggung

    Berlaku pembunuhan beberapa orang peniaga Sarawak oleh orang Murut di kawasan Sungai Trusan

  •       Kawasan di Sungai Trusan diserahkan kepada Charles Brooke dengan bayaran 4500 Dolar Sepanyol 

||
 Tahun 1889
  • Penduduk Limbang bersetuju untuk menyertai Sarawak
  •      Charles Brooke memperoleh Limbang pada tahun 1890 dengan bayaran sebanyak 6000 Dolar Sepanyol kepada Sultan Brunei.
||
Tahun 1905
  •        Pada 12 Januari 1905, kerajaan SarawaK memperoleh hak terhadap Lawas yang sebelum itu dimiliki oleh SBUB
  • Sempadan Sarawak itu masih djkekalkan hingga kini


5.3 PELUASAN KUASA SYARIKAT BORNEO UTARA DI SABAH

KEMAKMURAN SABAH MENARIK PEMODAL ASING 

Faktor Sabah menjadi tarikan pemodal asing:

1. KEDUDUKAN STRATEGIK

  •         Sabah terletak di tcngah-tcngah laluan perdagangan di antara China dan Singapura
  •         Kedudukan Sabah berhampiran dengan laluan Pulau Palawan yang merupakan laluan maritim bagi kapal-kapal dagang untuk belayar ke China dan Jepun.
  •         KedudukanSabah penting dalam aktiviti perdagangan yang melibatkan kepulauan StrategikSulu hingga New Guinea dan Australia
  •          Pelabuhan-pelabuhan di sepanjang pantai barat dan timur Sabah merupakan pelabuhan semula ladi yang strategik
  •          Kawasan ini terlindung daripada tiupan angin monsun dan membolehkan kapal berlabuh dengan selamat
  •         Antara pelabuhan utama termasuklah di Teluk Gaya.
2. KEKAYAAN EKONOMI

  • Sabah kaya dengan hasil-hasil ekonomi terutamanya sarang burung, sagu, rotan, getah perca, gamat, dan sirip ikan yu
  • Hasil-hasil ekonomi ini telah lama memasuki pasaran antarabangsa
  • Masyarakat tempatan memperdagangkan barangan ini dengan pedagangpedagang asing yang datang ke Sabah
  • Sarang burung mendapat permintaan yang tingi dalam pasaran di China
  • Pedagang Barat yang berminat mendapatkan barangan China menjadikan sarang burung sebagai barang dagangan yang penting untuk dibawa ke China
  • Tanaman seperti indigo dan kapas hidup subur di kawasan dataran dan lembah
  • Hal ini membolehkan pertanian komersial dijalankan dengan giat

Sabah Sebelum Penguasaan Syarikat Borneo Utara British (SBUB)

Pulau milik British:

Pulau Balambangan

  • Pada tahun 1763, Alexander Dalrymple membuat perjanjian dengan Kesultanan Sulu untuk mendapatkan Pulau Balambangan.
  • Bendera British dikibarkan di Pulau Balambangan menandakan pulau tersebut menjadi milik British
  • Penempatan British di pulau tersebut  menghadapi pelbagai masalah termasuk serangan lanun
  • Pada bulan November 1805, British  meninggalkan pulau tersebut. 

Pulau Labuan 

  • James Brooke menjalinkan perjanjian dengan Sultan Brunei berhubung dengan Pulau Labuan
  • Sultan Brunei bersetuju menyerahkan Labuan kepada pihak British melalui perjanjian pada 18 Disember 1846
  • British bertanggungjawab menumpaskan lanun di kawasan tersebut dan melindungi perdagangan
  • James Brooke dilantik sebagai Gabenor yang pertama

Pertapakan Syarikat Borneo Utara British

Sultan Brunei

||
Charles Lee Moses menyewa Sabah daripada Sultan Brunei selama 10 tahun pada 1865
||

Moses menjual haknya kepada J.W. Torrey dan T.B. Harrisv Kimanjs menjadi pusat perdagangan mereka.

||

Alfred dan Edward Dent memajak pantai timur Sabah daripada Sultan Sulu pada 1878

||

Baron Gustavus son Overbeck bekerjasam dengan Alfred dan Edward Dent untuk memajukan Sabah

||

Torrey menjual haknya kepada Baron Gustavus von Overbeck

||

Alfred Dent dan adiknya menubuhkan British North Borneo Provisional Association Ltd pada Julai 1881 dan mendapat status piagam (Charter) pada 1 November 1881 daripada kerajaan British

||

Pada tahun 1888, Borneo Utara menjadi negeri naungan British. Pihak SBUB berupaya memerintah Borneo Utara hingga tahun 1942 

Peluasan Kuasa Syarikat Borneo Utara British (SBUB)

  1.          Syarikat Borneo Utara British (SBUB) merupakan sebuah syarikat bcrpiagam
  2.           Kedudukan syarikat ini menjadi asas penting dalam usahanya untuk meluaskan pengaruh dan kedudukan di Sabah.
  3.           Piagam Diraja memberikan kuasa kcpada SBUB untuk mcmiliki Sabah
  4.           Kerajaan British menganugcrahkan Piagam Diraja kepada SBUB menandakan pcngiktirafan kedudukan SBUB sebagai wakil kerajaan British
  5.            Hal ini secara tidak langsung menunjukkan pc}uasan kuasa British ke atas Sabah
  6.           Syarat yang perlu dipatuhi oleh SBUB untuk mcncrima Piagam Diraja:

              7. SBUB mempunyai dua matlamat utama, iaitu:
                   a) pembangunan ekonomi melalui eksploitasi sumber-sumber yang terdapat di Sabah
                   b) melindungi serta mempertahankan hak-hak masyarakat
     8. Melalui Piagam Diraja, SBUB mempunyai kuasa untuk mentadbir Sabah
     9. Sir Rutherford Alcock dilantik sebagai presiden pertama, manakala pengarah urusan                   ialah Alfred Dent
   10.  Kuasa sebenar syarikat terletak di tangan pemodal di London
   11.  Di Sabah, pembentukan sistem birokrasi yang diterajui oleh Gabenor bertujuan untuk memastikan usah syarikat mengaut keuntungan
   12.  William Hood Treacher (1881 — 1887) dilantik sebagai Gabenor yang pertama.

5.4 BENTUK PENTADBIRAN BARAT DI SARAWAK DAN SABAH

Pemantapan Pentadbiran Barat di Sarawak dan Sabah                                                                                        

I. Usaha memantapkan pencadbiran dan kuasa Dinasti Brooke dilakukan secara berperingkac-peringkat. Pembahagian wilayah; Pengekalan golongan elit tempatan; Pentadbiran berhierarki; Pentadbiran berasaskan kaum; Perundangan


Pembahagian Wilayah

1. Dinasti Brooke di Sarawak dan SBUB telah menyusun semula sistem pentadbiran dengan membuat pembahagian terhadap wilayah-wilayah yang dikuasai

2. Tindakan ini dilakukan bagi membolehkan pentadbiran dijalankan dengan lebih berkesan


I  SARAWAK

  •     James Brooke membahagikan Sarawak kepada tiga bahagian untuk memudahkan pentadbiran. 
  •     Charles Brooke menambahkan dua bahagian pada tahun 1885 dan 1890.
  •      Setiap bahagian dipecahkan kepada daerah dan kampung
  •      Sempadan kawasan ini menjadi asas pemilikan dan kekuasaan Dinasti Brooke
  •      Hal ini berbeza daripada amalan sebelumnya yang lebih menekankan kepada haw percukaian


II  SABAH

  •       Pada peringkat awal, SBUB membahagikan Sabahkepada dua residensi, iaitu:

             a) Residensi Pantai Timur yang berpusat di Sandakan;

  b) Residensi PantaiBarat yang berpusat di Jesselton


  •       Pada tahun 1922, kawasan pentadbiran Sabah terdiri daripada lima residensi iaitu: 

a) Kudat
b) Tawau
c) Pantai Barat
d) Pantai Barat
e) Pendalaman

  •       Kesemuanya berjumlah 17 daerah.
  •       Setiap Residensi diketuai oleh seorang Residen
  •        Daerah diketuai oleh Pegawai Daerah.
  •        Setiap Pegawai Daerah dibantu oleh Penolong Pegawai Daerah. Residen, Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Daerah terdiri daripada pegawai berbangsa Inggeris atau Eropah


PENGEKALAN PEMBESAR TEMPATAN

  1.          Dinasti Brooke di Sarawak menjalankan dasar yang berasaskan kepada amanah
  2.          Sarawak merupakan milik penduduk peribuminya. Raja Brooke memerintah bagi pihak peribumi dan  kepentingan mereka
  3.         Sikap mengambil berat terhadap usaha mempercahankan hak dan kepentingan kaum dijadikan pegangan
  4.          Keadaan yang hampir sama turut berlaku di Sabah apabila SBUB perlu memenuhi syarac Piagam Diraja, iaitu menghormati dan mempertahankan masyarakat peribumi


Pengekalan Pembesar Tempatan di Sarawak

  •        Pembesar tempatan turut tertibat dalam sistem pentadbiran Dinasti Brooke bagi mengisi kekurangan pegawai-pegawai  Eropah yang jumlahnya kecil
  •         Pembesar tempatan yang dikekalkan dalam pentadbiran adalah seperti kalangan Datu Patinggi, Datu Bandar, Datu Temenggung dan jawatan baharu iaitu Datu imam dan Datu Hakim
  •        Semasa pemerintahan Charles Vyner Brooke, beberapa gelaran baharu diwujudkan, iaitu Datu Menteri, Datu  Pahlawan, Datu Bentara, dan Datu Amar
  •         Para pembesar tidak dibenarkan mengutip cukai, sebaliknya mereka diberikan gaji dan peranan membantu pentadbiran
  •          Semua undang-undang tempatan dan adat yang tidak bercanggah dengan sistem Barat dikekalkan


Pengekalan Institusi Peribumi di Sabah

  •        SBUB membahagikan ketua-ketua peribumi kepada kategori ketua yang diakui dan yang tidak diakui
  •         Hal ini bagi menjamin kecekapan dan pentadbiran yang baik
  •          Ketua Anak Negeri yang diakui diserapkan ke dalam sistem pentadbiran SBUB dan dibayar gaji
  •         Ketua Anak Negeri yang tidak diakui tidak dibayar gaji
  •         Instİtusİ peribumi yang utama ialah:

  1.         Institusi Ketua Anak Negeri
  2.          Ketua Kampung (Orang Tua)
  3.          Mahkamah Anak Negeri

  •          Ketua bergaji akan memelihara keamanan dan peraturan serta mengutip cukai kepala dan mentadbir keadilan
  •         Ketua Anak Negeri yang juga digelar Orang  Kaya-Kaya (O.K.K) berperanan untuk:

  1.         membantu Pegawai Daerah menjalankan pentadbiran pada peringkat daerah
  2.         menjadi hakim di Mahkamah Anak Negeri
  3.         menjaga keamanan daerah mereka
  4.          memungut cukai
  5.          mengurus pentadbiran pengadilan (Pembantu majistret ).

Pentadbiran yang Berhierarki

Sarawak

  • Pentadbiran di Sarawak diketuai oleh Raja Brooke
  • Raja Brooke dibantu oleh Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri
  • Residen mengetuai pentadbiran di setiap bahagian, iaitu bahagian Kuching Simanggang Sibu, Marudi, dan Lawas
  • Setiap bahagian dibahagikan kepada beberapa daerah Yang diketuai oleh Pegawai Daerah 
  • Pentadbiran pada peringkat kampung diketuai  oleh penghulu Yang menjadi ketua bagi satu  atau lebih kampung

SABAH

  • Pentadbiran SBUB di Sabah diketuai oleh Gabenor
  • Gabenor bertanggungjawab kepada lembaga pengarah syarikat di London.
  • Pada tahun 1883, Majlis Penasihat ditubuhkan untuk menasihati gabenor dalam hal ehwal pentadbiran 



Pentadbiran Berasakan Kaum

SARAWAK

  • Dinasti Brooke mengamalkan sistem pecah dan perintah.
  • Masyarakat dikelompokkan kepada tiga kategori, iaitu Melayu, lban, dan Cina.
  • Orang Melayu cerlibat dalam pentadbiran orang Cina dalam ekonomi dan orang lban dalam keselamatan dan ketenteraan.

  • Charles Brooke mewujudkan jawatan tercinggi masyarakac iban, iaitu Temenggung.
  •  Bagi orang Cina diwujudkan jawacan Kapitan dan Kangcu.


SABAH

  • Pentadbiran berasaskan peribumi di Sabah.
  • Pentadbir dikenal sebagai Penolong Pegawai Daerah.
  • Ketua-ketua etnik berperanan dan dipilih berdasarkan personaliti dan kepakaran
  • Memberikan kesan kepada pentadbiran kerajaan peringkac tempatan.



PERUNDANGAN

SARAWAK

  • Pada tahun 1911, Mahkamah Cina diwujudkan di Kuching bagi menangani dan mengendalikan hal ehwal dan kes-kes yang melibatkan masyarakat Cina.
  • Undang-undang lapan perkara diperkenalkan pada Januari 1842.
  • Mahkamah diwujudkan dengan diadili oleh raja dan dibantu ofeh Ketua Majistret.
  • Mahkamah Adat diwujudkan bagi- mengadili kesalahan masyarakat tempatan.
  • Mahkamah Residen diwujudkan di setiap bahagian Residen beitindak sebagai Majistret.


SABAH

  • SBUB menggunakan undang-undang Barat dan tempatan
  • Mahkamah Majistret dan Mahkamah Anak Negeri diwujudkan.
  •  Mahkamah Majistret menggunakan undang -undang Barat.
  • Mahkamah Majistret diadili oleh Pegawai Daerah.
  • Mahkamah Anak Negeri diadili oleh Ketua Anak Negeri







Comments

Popular posts from this blog

BAB 7 : Penentangan Masyarakat Tempatan

BAB 1 : KEDATANGAN KUASA BARAT

BAB 8 : Kebijaksanaan Raja dan Pembesar Melayu Menangani Cabaran Barat