BAB 2 : Pentadbiran Negeri-negeri Selat
2.1 Peluasan Kuasa British di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka
Latar Belakang Pulau Pinang, Singapura dan Melaka Sebelum Peluasan Kuasa British
Pulau Pinang
• Pulau Pinang merupakan wilayah Kesultanan
Kedah dan menjadi tempat persinggahan
pedagang-pedagang dari Lingga yang
berdagang dengan Kedah.
• Pulau Pinang juga menjadi pelabuhan dagang
bagi daerah serantau terutama dengan Acheh
di Sumatera.
• Batu Uban merupakan pelabuhan paling awal
dibuka di Pulau Pinang dan sering dikunjungi
oleh pedagang-pedagang Arab.
• Petempatan Batu Uban dibuka oleh
orang Melayu dari Sumatera pada tahun
1759. Sultan Kedah menganugerahkan
kawasan tersebut sebagai membalas jasa
orang Sumatera membantu Kesultanan
Kedah menentang Siam.
Singapura
• Singapura ialah wilayah Kesultanan Johor Riau
yang meliputi Pahang, Johor dan gugusan kepulauan
Riau Lingga sejak abad ke-16 hingga abad ke-19.
• Johor, Singapura dan Kepulauan Riau ditadbir
oleh Temenggung Abdul Rahman yang tinggal
di Singapura.
• Sewaktu pentadbiran Temenggung Abdul Rahman,
ladang-ladang gambir diusahakan oleh orang
Melayu dan Cina di Singapura.
• Pemerintah Kesultanan Johor Riau ialah Sultan
Abdul Rahman yang bersemayam di Lingga dan
mengadakan hubungan baik dengan Belanda.
Melaka
• KesultananMelayuMelakamerupakan kerajaan
Alam Melayu yang unggul pada abad ke-15.
• Pada tahun 1511, Kesultanan Melayu Melaka
ditawan oleh Portugis.
• Pada tahun 1641-1824, Melaka menjadi
tanah jajahan Belanda setelah Belanda
mengalahkan Portugis dengan bantuan
Kesultanan Johor Riau.
• Belanda menjadikan Melaka sebagai pusat
pengumpulan hasil bijih timah dari
negeri-negeri Melayu.
• Belanda mementingkan Betawi di Pulau
Jawa sebagai pusat perdagangan utama
di Alam Melayu.
Peluasan Kuasa British di Pulau Pinang
Pusat Pengumpulan Barang
• British memerlukan barangan dari China terutama teh yang
mendapat pasaran baik di Eropah.
• China tidak memerlukan barangan British, sebaliknya mahukan
emas, perak, bijih timah dan rempah-ratus sebagai tukaran.
• British memerlukan pusat untuk mengumpulkan barangan tersebut
yang boleh diperoleh di Alam Melayu untuk ditukarkan dengan teh
dari China.
Pelabuhan Persinggahan
• Britishmemerlukan pelabuhan persinggahan di laluan perdagangan
di antara India dan China.
• Tempat membaiki kapal, mendapatkan bekalan makanan dan
minuman serta berlindung sementara menunggu peralihan
angin monsun.
• Memudahkan penjelajahan ke rantau Asia Pasifik.
Pangkalan Tentera
• Pangkalan tentera laut British yang terletak di pantai barat India,
iaitu di Bombay sukar mengawal petempatan British di pantai
timur India, iaitu di Madras.
• British memerlukan pangkalan tentera yang lebih strategik untuk
mempertahankan petempatan di India daripada ancaman tentera
Perancis dan menghadapi saingan Belanda di Alam Melayu.
Kronologi Pendudukan British di Pulau Pinang
Perebutan Takhta Kesultanan Kedah
-Tahun 1710 – 1778: Sultan Muhammad Jiwa melantik Tunku Abdullah sebagai Raja Muda Kedah. -Pelantikan ini tidak dipersetujui oleh kerabat Diraja Kedah. Mereka berpakat dengan Bugis di Selangor untuk menentang Sultan Muhammad Jiwa.
-Sultan Muhammad Jiwa meminta bantuan SHTI.
-Edward Monckton dihantar berunding dengan Sultan Muhammad Jiwa.
-Rundingan gagal kerana SHTI tidak memberi jaminan untuk melindungi Kedah.
Ancaman Siam
-Tahun 1778 - 1798: Semasa pemerintahan Sultan Abdullah, Siam menuntut kembali penghantaran bunga emas di Kedah yang terhenti semasa Perang Siam-Burma.
-Sultan Kedah meminta bantuan SHTI dan menawarkan Pulau Pinang sebagai pangkalan SHTI.
-Syaratnya SHTI perlu memberi bantuan ketenteraan dan melindungi Kedah daripada Siam.
-Francis Light diarahkan untuk menyampaikan syarat tersebut kepada Gabenor Jeneral British di India.
Tipu Helah Francis Light Menduduki Pulau Pinang
-Kedudukan Pulau Pinang strategik, maka Francis Light berjanji akan memenuhi syarat Sultan Kedah.
-Tahun 1786: Sultan Abdullah membenarkan SHTI membuka petempatan di Pulau Pinang.
-Pulau Pinang diberi nama Prince of Wales Island oleh Francis Light dan petempatan mereka, iaitu di Georgetown sempena nama Raja England.
Pengukuhan Kuasa British di Pulau Pinang Melalui Perjanjian
• Pada tahun 1786, Siam menakluk Patani dan
mengancam Kesultanan Kedah.
• Sultan Abdullah meminta bantuan ketenteraan
SHTI seperti yang dijanjikan oleh Francis Light.
• SHTI enggan memberikan bantuan kerana tiada
perjanjian ditandatangani dengan Sultan Kedah.
• Setelah menyedari tertipu dengan muslihat Francis
Light, Sultan Abdullah menghimpunkan angkatan
perang di Seberang Perai untuk mengambil semula
Pulau Pinang.
• Angkatan perang Kesultanan Kedah dapat ditewaskan
oleh Francis Light dengan bantuan tentera SHTI.
• Sultan Abdullah dipaksa menandatangani perjanjian
dengan British pada tahun 1791.
• Perjanjian ini secara rasmi mengiktiraf pendudukan
British di Pulau Pinang
• Pada tahun 1800, George Leith, Gabenor Pulau Pinang
mendesak Sultan Kedah, Sultan Dhiauddin
(1798-1804) menandatangani perjanjian dengan British.
• Perjanjian ini membolehkan British menduduki
Seberang Perai. Pendudukan ini penting sebagai benteng
pertahanan dan kawasan pertanian bagi membekalkan
sumber makanan kepada penduduk di Pulau Pinang
Peluasan Kuasa British di Singapura
Kepentingan Singapura kepada British
• British memerlukan pelabuhan yang
lebih strategik untuk bersaing dengan
Belanda di Alam Melayu.
• Kedudukan Singapura di bahagian
selatan Semenanjung Tanah Melayu
dapat mengawal kegiatan perdagangan
Selat Melaka dan Selat Sunda.
• Singapura boleh memainkan peranan
sebagai pusat pengumpulan hasil-hasil
ekonomi Alam Melayu
Pertapakan British di Singapura
Isu Pewarisan Takhta Kesultanan Johor Riau
-Stamford Raffles memanipulasikan isu tersebut untuk mendapatkan pengesahan sultan setelah menyedari Sultan Abdul Rahman mempunyai hubungan baik dengan Belanda.
-Pertabalan Tengku Abdu! Rahman mendapat pengiktirafan daripada orang Bugis dan Belanda.
-Tengku Hussein dijemput ke Singapura dan dilantik sebagai Sultan Johor Riau.
-Kesan: Kesultanan Johor Riau mempunyai 2 orang sultan. Sultan Abdul Rahman bersemayam di Lingga dan Sultan Hussein bersemayam di Singapura.
Perjanjian Mengukuhkan Kuasa British di Singapura
-Pengukuhan British ke atas Singapura berterusan melalui beberapa perjanjian. Perjanjian 6 Februari 1819
-Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman menandatangani perjanjian dengan Stamford Raffles.
-Kesan: Penempatan British di Singapura diiktiraf. Bendera Union Jack dinaikkan
di Singapura pada 13 Februari 1819. Residen pertama di Singapura ialah William
Farquhar.
Perjanjian 2 Ogos 1824
-John Crawfurd menandatangani perjanjian dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman.
-Kesan: Singapura diserahkan kepada British selama-lamanya. Sultan dan Temenggung hilang kedaulatan. Sultan dan Temenggung diberikan bayaran pampasan dan pencen bulanan seumur hidup.
Peluasan Kuasa British di Melaka
Menamatkan Pertikaian British dan Belanda Berkaitan Singapura
British
- Memajukan Singapura dalam tempoh yang singkat.
- Mempertahankan kedudukan di Singapura.
- Yakin Singapura menjadi pelabuhan bebas dan pangkalan tentera di Alam Melayu.
Belanda
- Singapura dikatakan berada di bawah lingkungan pengaruhnya.
- British dituntut untuk berundur dari Singapura.
- Belanda bimbang kemajuan Singapura menjejaskan perdagangan di Betawi, iaitu pelabuhan utama Belanda di Alam Melayu.
Dasar Persahabatan British dan Belanda di Eropah
• Persahabatan di Eropah penting kerana kedudukan Belanda berdekatan dengan Britain
• Belanda dijadikan pangkalan menyerang Britain oleh Perancis pada tahun 1795.
• Belanda perlu berbaik-baik dengan British yang menjaga jajahan Belanda di Timun semasa Perang Napoleon.
Penyelesaian untuk Perdamaian
• Belanda dan British ingin mengelakkan peperangan yang pernah berlaku pada abad ke-17 dan ke-18.
• Belanda melakukan rundingan perdamaian kerana tidak mahu terbeban dengan masalah kewangan yang semakin lemah selepas Perang Napoleon.
Kesan Pakatan British dan Belanda
• Perjanjian London 1824 atau Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 termeterai antara British dan Belanda.
• Tujuan: Menamatkan pertikaian dengan hubungan tegang antara dua kuasa Eropah demi menjaga kepentingan masing-masing di Alam Melayu.
• British dapat menguasai Melaka apabila berlaku pertukaran wilayah antara British dengan Belanda.
2.2 Perjanjian London 1824 dan Kesannya Terhadap Alam Melayu
Kesan Perjanjian London 1824 terhadap Alam Melayu
Pembahagian Alam Melayu kepada Dua Lingkungan Pengaruh Barat
• Selat Melaka dan Selat Singapura dijadikan sempadan yang memisahkan wilayah pengaruh British dan wilayah pengaruh Belanda di Alam Melayu.
• Mereka mengutamakan kepentingan mereka terjamin dan meminggirkan kedaulatan kerajaan Alam Melayu.
• Entiti geopolitik barudiwujudkan, iaitu Tanah Melayu di bawah pengaruh
British.
• Hindi Timur Belanda merupakan wilayah pengaruh Belanda.
Perpecahan Empayar Kesultanan Johor Riau
• Pembahagian kawasan pengaruh menamatkan keunggulan empayar Kesultanan Johor Riau
• Pemerintahan wilayah kekuasaan Kesultanan Johor Riau yang luas meliputi Johor, Pahang, Singapura, dan Kepulauan Riau Lingga telah berpecah belah.
Selat Melaka di bawah Penguasaan British
• British menguasai perdagangan di Selat Melaka.
• Tiga pelabuhan strategik:
Pulau Pinang, Melaka dan Singapura
• Pengunduran Belanda dari Tanah Melayu membuka peluang kepada British untuk meluaskan kuasa ke negeri-negeri Melayu.
2.3 Pembentukan Negeri-negeri Selat
Latar Belakang Pulau Pinang, Singapura dan Melaka Sebelum Pembentukan Negeri-negeri Selat
Pulau Pinang
• Peringkat awal Francis Light (Pesuruhyaya) bertanggungjawab kepada Gabenor General British di India.
• Tahun 1767: Memperoleh status pelabuhan bebas dan menguasai perdagangan dengan negeri-negeri Melayu
• Perdagangan dikuasai oleh pedagang persendirian.
• Tahun 1805: Naik taraf menjadi Presidensi keempat selepas Bernggala, Madras, dan Bormbay di India.
Singapura
• Residen mentadbir dan bertanggungjawab kepada Leftenan Gabenor British di Bangkahulu, Sumatera.
• Tahun 1823: Diisytiharkan sebagai pelabuhan bebas,
• Pusat pertemuan pedagang persendirian mengumpulkan hasil Alam Melayu untuk diperdagangkan dengan China.
• Pusat pertemuan pedagang persendirian mengumpulkan hasil Alam Melayu untuk diperdagangkan dengan China.
Melaka
• Ditadbir oleh Residen Konsular.
• Sistem Kapitan: Mewujudkan keamanan dalam komuniti kaum.
• Suku-suku kaum diletakkan di bawah ketua kaum yang berperanan sebagai penegak undang-undang.
• Penghulu bertanggungjawab menjaga masyarakat luar bandar.
Kepentingan Pembentukan Negeri-negeri Selat kepada British
• Keseluruhan Selat Melaka dikuasai oleh British sebagai laluan utama perdagangan di Alam Melayu.
• Taraf pelabuhan bebas Negeri-negeri Selat berjaya menarik kedatangan pedagang Alam Melayu serta pedagang luar seperti Arab, India, China, Eropah, dan Amerika.
• Negeri-negeri Selat menjadi pusat pengumpulan hasil-hasil dari Alam Melayu.
• Negeri-negeri Selat menjadi pintu masuk bagi buruh luar.
• Negeri-negeri Selat berkembang kerana penanaman modal pelabur luar.
2.4 Pentadbiran Negeri-Negeri Selat
Negeri-negeri Selat di bawah Kerajaan British di India (1826-1867)
Pentadbiran Negeri-negeri Selat pada mulanya diletakkan di bawah Syarikat Hindia Timur Inggeris
(SHTI) di India. Selepas SHTI dibubarkan, pentadbiran Negeri-negeri Selat diletakkan di bawah
India Office (Pejabat India).
Negeri-negeri Selat di bawah SHTI
(1826-1857)
- Negeri-negeri Selat diketuai oleh Gabenor.
- Residen Konsular dilantik membantu Gabenor menjalankan pentadbiran.
- Pulau Pinang menjadi pusat pentadbiran pertama
- Pada tahun 1832, pusat pentadbiran dipindahkan ke Singapura kerana lebih strategik dan maju berbanding dengan Pulau Pinang.
Negeri-negeri Selat di bawah Pejabat India
(1858-1867)
- Undang-undang British dikuatkuasakan di Negeri-negeri Selat.
- Pemberontakan yang berlaku di India menyebabkan Pejabat India tidak mampu mentadbir Negeri-negeri Selat dengan baik
- Pejabat India tidak memberikan perhatian yang sewajarnya bagi melindungi pedagang Negeri-negeri Selat.
- Menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pedagang Negeri-negeri Selat
Faktor Pemindahan Pentadbiran Negeri-negeri Selat
ke Pejabat Tanah Jajahan London
- Tiada wakil Negeri-negeri Selat dalam Majlis Perundangan di India yang meluluskan undang-undang bagi Negeri-negeri Selat.
- Pejabat India gagal mengawal masalah rompakan terhadap kapal dagang dan pertelingkahan kumpulan Cina di Negeri-negeri Selat.
- Pejabat India mahu menjadikan mata wang rupee India sebagai mata wang Negeri-negeri Selat menggantikan mata wang Dolar Sepanyol yang telah lama digunakan.
- Cadangan Pejabat India mengenakan cukai pelabuhan di Negeri-negeri Selat boleh menjejaskan kemakmuran taraf pelabuhan bebas.
- Pejabat India menjadikan Negeri-negeri Selat tempat buangan banduan menjejaskan imej Negeri-negeri Selat sebagai pusat perdagangan.
Comments
Post a Comment