BAB 3 : Pentadbiran Negeri - negeri Melayu Bersekutu
3.1 Kekayaan Hasil Bumi di Perak , Selangor , Negeri Sembilan dan Pahang
-Kekayaan dan kemakmuran negeri-negeri Melayu ini telah menarik minat kuasa Acheh, Belanda dan British untuk menguasai negeri tersebut.
Kekayaan Bijih Timah
-Bijih timah merupakan barangan dagangan yang penting di negeri-negeri Melayu sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Para pedagang dari seluruh Alam Melayu datang ke pelabuhan Melaka untuk mendapatkan bijih timah.
Perlombongan Bijih Timah Abad Ke-15
Peringkat Awal Kegiatan Melombong Bijih Timah
1. S e a w a l a b a d k e - 1 5 , perlombongan bijih timah diusahakan orang Melayu di lembah-lembah sungai.
2. P e r d a g a n g a n b i j i h t i m a h dijalankan di bawah pengawasan pembesar Melayu sebagai pemilik lombong yang membekalkan semua keperluan perbelanjaan.
3. Orang Melayu melombong bijih timah bagi kegunaan tempatan dan diperdagangkan.
4.• Pembesar Melayu memperoleh kawasan pegangan melalui surat tauliah daripada sultan.
• Punca pendapatan utama mereka ialah perdagangan bijih timah.
• Sultan menerima bahagiannya daripada hasil perdagangan bijih timah.
Perlombongan Bijih Timah Abad Ke-16 hingga Abad Ke-17
Lokasi Perlombongan
• Perak terkenal dengan hasil bijih timah sejak zaman Kesultanan Perak.
• Perlombongan tertumpu di sepanjang Sungai Perak dan anak sungai di daerah sekitar Kuala Kangsar dan Kelian Intan.
• Perak menggunakan bijih timah sebagai bahan bernilai untuk mendapatkan perlindungan Portugis di Melaka bagi membebaskan Perak daripada naungan Acheh.
Perlombongan Bijih Timah Abad Ke-18
Perak
• Pada pertengahan abad ke-18, bijih timah dikeluarkan oleh pelombong-pelombong kecil Melayu di kawasan Larut seperti Kerian, Kurau, Larut, Terong dan Beruas.
• Sultan Perak, Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah memeterai perjanjian menjual bijih timah dengan Belanda di Melaka.
• Menjelang akhir abad ke-18, pengeluaran bijih timah Perak merosot akibat aktiviti penyeludupan bijih timah kepada pedagang British di Pulau Pinang melalui Sungai Kurau.
Selangor
• Kekayaan bijih timah di Kuala Sungai Selangor menarik ramai pedagang luar ke Kuala Selangor.
• Pada tahun 1790, Sultan Ibrahim dan Belanda menandatangani perjanjian penjualan hasil timah antara Selangor dengan Belanda
Perlombongan Bijih Timah Abad Ke-19
Pelombong-pelombong Cina menjadikan Perak, Selangor dan Negeri Sembilan sebagai pengeluar bijih timah utama dunia.
Larut
• Perlombongan bijih timah di Perak mencapai tahap penting pada tahun 1840-an, hasil penemuan bijih timah di Larut.
• Pembesar Melayu Long Jaafar dan anaknya Ngah Ibrahim telah memajukan perlombongan bijih timah di Klian Pauh dan Klian Baru dengan membawa masuk pelombong Cina.
• Ngah Ibrahim menjadikan Kuala Sepetang sebagai pelabuhan untuk mengangkut bijih timah dari Perak ke Pulau Pinang.
Lembah Kinta
• Pada akhir abad ke-19, Lembah Kinta muncul sebagai pengeluar utama bijih timah dunia.
• Perkembangan kegiatan perlombongan bijih timah menyebabkan kemunculan bandar Gopeng, Ipoh, Batu Gajah dan Kampar.
• Pada tahun 1870-an, Sultan Ismail mengusaha dan memajukan kawasan perlombongan baharu di Lembah Kinta yang menyebabkan kemunculan bandar Papan dan Pangkalan Peguh.
Jugra
• Sultan Abdul Samad (1857-1898) menjadikan Jugra di daerah Langat sebagai pusat pentadbiran Kesultanan Selangor.
• Jugra memainkan peranan penting sebelum pusat pentadbiran kerajaan berpindah ke Klang.
• Jugra menjadi pusat pengutipan cukai bijih timah yang dibawa keluar melalui Sungai Langat untuk dibawa ke pelabuhan Melaka.
Kuala Lumpur
• Menjelang tahun 1860, Kuala Lumpur menjadi pusat pengeluaran bijih timah yang penting di Selangor.
• Bijih timah berjaya dilombong di Ampang. Kuala sungai yang menjadi pertemuan di antara Sungai Klang dan Sungai Lumpur dijadikan pangkalan untuk mengangkut bijih timah.
• Kejayaan tersebut mendorong ramai orang Melayu dan Cina mendirikan petempatan di situ yang membentuk bandar Kuala Lumpur.
Lukut
• Lukut merupakan wilayah Kesultanan Selangor. Perlombongan bijih timah di Lukut mula diusahakan oleh Raja Busu dengan membawa masuk pelombong Cina.
• Pada tahun 1830-an, selepas kemangkatan Raja Busu, Raja Jumaat berjaya menjadikan Lukut sebagai pusat perdagangan bijih timah yang terkenal.
• Pada tahun 1880, Lukut diserahkan kepada daerah Sungai Ujong, Negeri Sembilan melalui rundingan antara Sultan Selangor bersamasama pemerintah Sungai Ujong.
• Kajang, Semenyih dan Beranang yang sebelumnya di dalam kawasan Sungai Ujong menjadi sebahagian daripada wilayah Kesultanan Selangor.
Kekayaan Hasil Emas
- Perlombongan emas di negeri-negeri Melayu bertumpu di kawasan jalur emas yang sebahagian besarnya terdiri daripada negeri Pahang.
- Mengikut rekod negara China, emas telah menjadi eksport utama Pahang sejak abad ke-13.
Lokasi Perlombongan Emas di Pahang
• Perlombongan emas telah dilakukan di Hulu Pahang, iaitu di sekitar Sungai Tembeling, Sungai Jelai dan Sungai Semantan.
• Kawasan-kawasan penting perlombongan emas ialah Raub, Tui, Tersang, Selinsing, Penjom, Kechau dan Hulu Dong
Kegiatan Perlombongan Emas di Pahang
Abad Ke-16 dan Ke-17
• Dijalankan oleh orang Melayu, orang Asli dan orang Minangkabau.
• Menggunakan kaedah mendulang dan melampan
Abad Ke-18
• Kekayaan emas menarik kehadiran orang Cina dari Kelantan, Perak dan Negeri Sembilan.
• Menggunakan kaedah melampan.
Abad Ke-19
• Sultan Ahmad memberikan konsesi kepada orang Eropah untuk memajukan kegiatan perlombongan di Pahang.
• Pelombong Eropah menggunakan kaedah lombong dedah dan lombong bawah tanah.
3.2 Peluasan Kuasa British di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang
- Strategi British Meluaskan Kuasa di Negeri-negeri Melayu
1. Strategi Manipulasi
*Manipulasi British di Perak
(i) Perang Larut 1861-1874
• Pemerintah Larut, Tengku Menteri Ngah Ibrahim membawa masuk ramai pelombong Cina memajukan perlombongan bijih timah di Larut.
• Pergaduhan pelombong Cina antara kumpulan Ghee Hin dengan Hai San untuk mempertahankan hak dan kepentingan masing-masing menyebabkan tercetusnya Perang Larut.
• Pergaduhan yang berpanjangan di Larut menjejaskan perdagangan bijih timah di Negeri-negeri Selat.
• Golongan pelabur Eropah dan pedagang Negeri-negeri Selat meminta British campur tangan untuk melindungi pelaburan mereka dalam perlombongan bijih timah.
(ii) Perebutan Takhta Kesultanan Perak
- Pertabalan Sultan Ismail
• Selepas kemangkatan Sultan Ali, Raja Ismail, iaitu Raja Bendahara dilantik sebagai Sultan.
• Mendapat sokongan pembesar Hulu Perak termasuk Ngah Ibrahim, Menteri Larut.
- Bantahan Raja Yusuf
Raja Yusuf, iaitu Raja Di Hilir menuntut haknya sebagai Sultan setelah sekian lama diketepikan
- Tuntutan Raja Abdullah
• Raja Abdullah, iaitu Raja Muda tidak ditabalkan sebagai sultan kerana tidak hadir ke upacara pemakaman Sultan Ali walaupun dijemput.
• Menuntut kembali haknya sebagai sultan akibat masalah kewangan dan desakan golongan pelabur Eropah dan Cina.
• Mendapat sokongan pembesar di Hilir Perak seperti Dato’ Maharaja Lela.
*Manipulasi British di Selangor
Sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Samad (1857-1898), tercetus pertelingkahan dalam kalangan kerabat diraja Selangor yang menyebabkan berlakunya Perang Klang. British turut campur tangan dalam pertelingkahan tersebut untuk meluaskan pengaruh di Selangor.
Pihak yang Terlibat dalam Perang Klang (1866-1874)
1.Raja Abdullah bin Raja Jaafar
• Memperoleh hak mentadbir daerah Klang daripada Sultan Abdul Samad.
• Berjaya memajukan daerah Klang sebagai pusat pengeluaran bijih timah dengan pembukaan lombong di sekitar Ampang dan Kuala Lumpur.
• Mendapat sokongan kumpulan Hai San
2.Raja Mahadi bin Raja Sulaiman
• Putera Raja Sulaiman yang mentadbir Klang sebelum diserahkan kepada Raja Abdullah.
• Kemajuan perlombongan bijih timah di daerah Klang mendorong Raja Mahadi menuntut hak ke atas daerah tersebut yang pernah diletakkan di bawah kekuasaan ayahandanya.
• Mendapat sokongan kumpulan Ghee Hin.
*Manipulasi British di Sungai Ujong, Negeri Sembilan
berlaku perbalahan pembesar Melayu di daerah Sungai Ujong yang kaya dengan bijih timah.
Kepentingan Sungai Linggi
• Sungai Linggi merupakan laluan penting yang menghubungkan daerah Sungai Ujong dengan kawasan sekitarnya.
• Penguasaan ke atas Sungai Linggi membolehkan pembesar mendapat hak memungut cukai terhadap pedagang yang membawa keluar bijih timah melalui sungai tersebut untuk dibawa ke pelabuhan Melaka.
Persaingan Pembesar Memungut Cukai di Sungai Linggi
Dato’ Kelana, Dato’ Syahbandar dan Dato’ Muda Linggi saling bersaing untuk mengawal pungutan cukai di Sungai Linggi. Namun begitu, persengketaan Dato’ Kelana dan Dato’ Syahbandar dimanipulasi oleh British. Melalui bantuan ketenteraan kepada Dato’ Kelana untuk mengalahkan Dato’ Syahbandar, British memperoleh hak memungut cukai di Sungai Linggi.
2. Desakan dan Paksaan kepada Raja-raja Melayu Menerima Perlindungan British
*Desakan British di Selangor
- Rompakan Kapal Dagang British
Pada tahun 1873, kapal dagang British dalam pelayaran dari Pulau Pinang ke Melaka dirompak berdekatan perairan Kuala Langat
- Serangan Rumah Api
Pada tahun 1874, berlaku serangan terhadap rumah api di Tanjung Rachado.
*Desakan dan Paksaan British di Pahang
Pada tahun 1888, British memperoleh peluang untuk mendesak dan memaksa Sultan Pahang menerima perlindungan British apabila berlaku kematian seorang lelaki berbangsa Cina bernama Goh Hui yang ditikam di pekarangan istana. British mendakwa Goh Hui ialah rakyat British dan Sultan diminta bertanggungjawab atas kematian rakyat tersebut. Sultan Pahang dipaksa menerima perlindungan British dengan alasan Sultan tidak mampu mewujudkan keadilan dan ketenteraman awam.
3. Strategi Menandatangani Perjanjian dengan Pemerintah Tempatan
*Perjanjian Pangkor 1874 mengukuhkan kuasa British di Perak
Andrew Clarke, iaitu Gabenor Negeri-negeri Selat bertindak memanggil ketua kumpulan Ghee Hin dan Hai San untuk menamatkan perselisihan faham antara mereka. Pembesar-pembesar Melayu yang bertelagah dipanggil untuk berunding di Pulau Pangkor bagi menamatkan perselisihan di Perak. Antara pembesar Melayu yang hadir termasuklah Raja Abdullah, Ngah Ibrahim dan Dato’ Sagor. Sultan Ismail dan Raja Yusuf tidak menyertai rundingan tersebut.
*Perjanjian British-Sungai Ujong 1874
Antara syarat perjanjian:
• Dato’ Kelana diiktiraf sebagai pemerintah Sungai Ujong.
• British mempunyai kuasa penuh memungut cukai di Sungai Linggi.
*Perjanjian British-Selangor 1875
Antara syarat perjanjian:
• British membantu Sultan memerintah negeri.
• British menghantar J.G. Davidson menetap di Klang dan Frank Swettenham menetap di Langat untuk membantu pentadbiran Selangor.
*Perjanjian British-Pahang 1887
Antara syarat perjanjian:
• British menempatkan seorang wakil yang mempunyai kuasa seperti pegawai konsul di Pahang.
• British bertanggungjawab menjaga keamanan Pahang.
• Pahang tidak membenarkan membuat perjanjian dengan kerajaan asing tanpa kebenaran British
Sistem Residen
Melalui pelbagai strategi peluasan kuasa, British dapat melaksanakan Sistem Residen di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. British menempatkan Residen melalui perjanjian yang dibuat dengan pemerintahan tempatan dan Raja-raja Melayu.
Peranan Residen British
• Menasihati Raja-raja Melayu dalam semua hal ehwal pentadbiran kecuali berkaitan agama Islam dan adat Melayu.
• Semua nasihat hendaklah diikuti dan dipatuhi.
Residen British
1.J.W.W. Birch, Residen British pertama di Perak (1874-1875).
2.J.P. Rodger, Residen British pertama di Pahang (1888-1896).
3.J.G. Davidson, Residen pertama di Selangor (1874-1875).
4.Martin Lister, Residen pertama di Negeri Sembilan (1895-1897)
Pelaksanaan Sistem Residen
*Sistem Residen merupakan sistem pemerintahan British secara tidak langsung di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang
Ciri-ciri
• Kedudukan sultan dan pembesar negeri dikekalkan.
• Nasihat British mesti diterima dan Sultan tidak lagi boleh membuat undang-undang seperti sebelumnya.
• Sultan dan pembesar kehilangan kuasa dalam pentadbiran dan pungutan cukai.
• Residen mengambil alih pentadbiran pada peringkat pembesar-pembesar dan negeri. Peranan pembesarpembesar ini digantikan oleh pegawai-pegawai British.
• Jabatan-jabatan dan sistem bercorak Barat digunakan bagi menggantikan sistem pentadbiran tradisional.
3.3 Pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu
Selepas pelaksanaan Sistem Residen, British mengukuhkan kuasa di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang dengan membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) melalui Perjanjian Persekutuan 1895.
Ciri-ciri Negeri-negeri Melayu Bersekutu
• Gabungan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang membentuk sebuah persekutuan.
• Residen Jeneral sebagai ketua pentadbiran kerajaan persekutuan.
• Raja-raja Melayu menerima nasihat Residen Jeneral dalam semua perkara kecuali yang berkaitan agama Islam dan adat Melayu.
• Kuala Lumpur menjadi pusat pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
• Negeri-negeri Melayu Bersekutu juga dikenali sebagai Persekutuan 1896.
Faktor Pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu
1.Mengatasi Kelemahan Sistem Residen
• Residen tidak diberikan garis panduan yang jelas untuk melaksanakan tugas
• Residen menjadi semakin berkuasa dalam Majlis Mesyuarat Negeri.
• Raja dan pembesar Melayu tidak berpuas hati kerana kehilangan kuasa dalam pentadbiran dan pungutan cukai
2.Menyeragamkan Pentadbiran
• Pentadbiran di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang tidak seragam kerana mempunyai undangundang sendiri.
• Kemajuan ekonomi antara negeri tidak seimbang.
• British memerlukan pentadbiran yang cekap dan seragam untuk memudahkan eksploitasi ekonomi.
3.Menjamin Keselamatan Negeri
• Penggabungan membolehkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu mempunyai pasukan keselamatan sendiri.
• Menjaga keamanan tanpa mengharapkan bantuan luar.
4.Menangani Masalah kewangan Pahang
• Gabungan negerinegeri Melayu yang kaya.
• Perak, Selangor, Negeri Sembilan dapat membantu mengurangkan beban kewangan negeri Pahang.
3.4 Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu
Majlis Mesyuarat Negeri
- ditubuhkan selepas British berjaya campur tangan dalam pentadbiran negeri Melayu
- dipengerusikan oleh Raja Melayu
- berperanan menggubal undang-undang serta membantu pentadbiran negeri.
- Selepas pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Majlis Mesyuarat Negeri tidak lagi berkuasa kerana kuasa perundangan terletak di tangan Residen Jeneral
1. Pesuruhjaya Tinggi British
2. Residen Jeneral (Berpusat di Kuala Lumpur)
3.-Majlis Mesyuarat Negeri Perak -Majlis Mesyuarat Negeri Selangor
-Majlis Mesyuarat Negeri Sembilan -Majlis Mesyuarat Negeri Pahang
Majlis Mesyuarat Persekutuan
- berkuasa meluluskan undang-undang di Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
1. Pesuruhjaya Tinggi British (Pengerusi)
2. Residen Jeneral
3.-Empat orang Raja Melayu -Empat orang Residen -Empat Ahli Tidak Rasmi (3 Eropah, 1 Cina)
Pembentukan Durbar
British membentuk Durbar untuk mendapatkan sokongan Raja-raja Melayu terhadap Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Ahli Durbar terdiri daripada:
• Pesuruhjaya Tinggi British
• Raja-raja Melayu
• Residen Jeneral
• Residen British Pada asasnya, Durbar memperlihatkan tanggungjawab bersama-sama oleh Raja-raja Melayu sebagai pelindung orang Melayu.
Comments
Post a Comment