BAB 4 : PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU
4.1 Pemerintahan Kesultanan Melayu di Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor
Kerajaan Perlis
1. Latar Belakang
- Syed Hussin Jamalullail dilantik sebagai raja Perlis yang pertama pada 1843
- Baginda diberi gelaran Phya Songkhram Rama
Wichit Willis Asmara Phya Pelit.
2. Pentadbiran
- Tuan Syed Abdullah ibni Syed Harun
Jamalullail dilantik sebagai Raja Muda
- Dato’ Arau dilantik sebagai Perdana Menteri
dengan gelaran Dato’ Belat Paduka Seri
Perdana Menteri
- Perlis dibahagi kepada 22 mukim
3. Hubungan Luar
- Berhubung dengan siam supaya tidak diganggu oleh kuasa lain
4. Perundangan
- Merujuk Undang-Undang
Kesultanan Kedah
Kerajaan Kedah
1. Latar Belakang
- Kerajaan Kedah bermula sejak abad ke-7
- Pertapakan Islam bermula sejak abad ke-12
- Pemerintah pertama ialah Sultan Mudzaffar Shah
2. Pentadbiran
- Terdapat 128 mukim di Kedah
- Setiap mukim dikendalikan oleh penghulu
3. Hubungan Luar
- Kedah menjalinkan hubungan
luar dengan Siam sebagai strategi
mempertahankan negeri daripada
ancaman Burma.
4. Perundangan
- Kanun undang-undang Kedah yang pertama ditulis
pada tahun 1650
- Terdapat lima bab undang-undang Kedah iaitu:
(i) Undang-undang 1060H
(ii) Tembera Dato’ Seri Paduka Tuan 1075H
(iii) Hukum Kanun Dato’ Kota Setar, Adat Bunga Emas
(iv) Adat Kebesaran, Pada Masa Tabal, Orang Besar
(v) Adat Meminang dan Undang-undang 1199H (1704)
Kerajaan Kelantan
1. Latar Belakang
- Kerajaan Kelantan wujud sebelum abad ke-17
- Long Yunus berjaya menyatukan masyarakat di Kelantan.
- Long Yunus diberi gelaran Yang Dipertuan
- Maharaja Siam memberi gelaran Phya Pipit Makdi kepada Sultan Muhammad I
2. Pentadbiran
- Menggunakan Sistem Jemaah Menteri
- Kelantan dibahagikan kepada tiga jajahan iaitu:
i) Selatan Batu Mekebang
i) Selatan Batu Mekebang
ii) Pasir Puteh
iii) Pasir Mas
3. Hubungan Luar
- Menjalinkan hubungan dengan Siam, Terengganu, Kedah, Patani dan negeri Melayu yang lain
4. Perundangan
- Melaksanakan undang-undang syarak semasa pemerintahan Sultan Muhammad II
Kerajaan Terengganu
1. Latar Belakang
- Sultan Zainal Abidin I pada 1708
- Negeri paling akhir menerima Penasihat British
2. Pentadbiran
- Menggunakan Sistem Penghulu
- Sultan Zainal Abidin III dibantu oleh Tengku Musa,
Tuan Hitam dan Che Abdul Rahim.
- Menggunakan Sistem Jemaah Mesyuarat Kerajaan bagi
memutuskan sesuatu hukuman atau perisytiharan negeri.
Anggotanya dikenali sebagai Ahli Mesyuarat
3. Hubungan Luar
- Menjalinkan hubungan dengan Siam, Kelantan, Patani, Johor agar diakui sebagai negara yang berdaulat
4. Perundangan
- Sultan Zainal Abidin III, baginda melantik
Tengku Musa sebagai Ketua Jabatan Mahkamah
- Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu
digubal dan diamalkan pada 1911
Kerajaan Johor
1. Latar Belakang
- Konflik politik yang berlaku membolehkan keturunan
Temenggung Daeng Ibrahim iaitu Daeng Abu Bakar menjadi sultan pada tahun 1885
2. Pentadbiran
- Johor mengalami zaman pemodenan ketika zaman pemerintahan Maharaja Abu Bakar
- Baginda mengasaskan Majlis Jemaah Diraja Johor, Jemaah
Menteri dan jabatan-jabatan kerajaan
- Wujud juga jawatan Menteri Besar dan
Setiausaha Kerajaan bagi
melicinkan pentadbiran
3. Hubungan Luar
- Menjalinkan hubungan dengan negeri Melayu
- Johor juga menjalinkan hubungan dengan negara luar seperti Eropah dan Jepun demi mengiktiraf kedudukan Johor
4. Perundangan
- Kesultanan Johor
memasyhurkan Undang-Undang Tubuh
Kerajaan yang digunakan sebagai aturan
dalam pemerintahan.
4.2 Peluasan Kuasa British di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu
Faktor Peluasan Kuasa British di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu
1. Kedudukan yang strategik
2. Menghalang Kemasukan Kuasa Barat Lain
Barat lain untuk campur tangan
• Antara kuasa Barat tersebut termasuklah Perancis, Jerman, Amerika Syarikat dan Rusia yang
cuba meluaskan kuasa di sekitar negeri Melayu Utara.
• British perlu menguasai negeri-negeri ini untuk menghalang kemaraan kuasa Barat tersebut.
3. Kemakmuran dan Kekayaan Sumber Hasil
4. Menghubungkan burma dengan Pulau Pinang
• Pembinaan jalan raya, kereta api dan telegraf di antara Burma dan Pulau Pinang membolehkan
British mempunyai rangkaian terus perhubungan dengan India.
• Hal ini sangat penting bagi perdagangan dan keselamatan British
5. Beban Orang Putih
• British mendapati Siam melakukan kekejaman di negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
• Bagi mewajarkan tindakannya, slogan “Beban Orang Putih” digunakan dalam usaha British meluaskan kuasanya.
Strategi Peluasan Kuasa British di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu
Siri Perjanjian menuju Perjanjian Bangkok 1909 |
Perjanjian Bangkok 1909
Rentetan peristiwa Perjanjian Bangkok 1909
Melalui Perjanjian Bangkok 1909,
negeri-negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu menerima seorang Penasihat British. Walau bagaimanapun, pada tahap awal, Kelantan dan Terengganu menolak kehadiran penasihat ini.
4.3 Peluasan kuasa british di Johor
Faktor Kemajuan Johor
Strategi British menguasai Johor
Douglas Graham Campbell dilantik sebagai Penasihat Am British pertama di Johor. Pelantikan
ini juga menukarkan taraf Johor daripada negeri yang bebas dan berdaulat kepada sebuah negeri
naungan British. Walau bagaimanapun, perkembangan ini tidak menjejaskan kedudukan Sultan
Johor. Pihak British masih mengakui kedudukan dan kedaulatan sultan.
4.4 Sistem Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
Pentadbiran di Perlis
• Penasihat British terlibat secara langsung dalam pentadbiran dan turut melibatkan pembesar tempatan.
• Majlis Mesyuarat Negeri menjalankan pentadbiran yang dipengerusikan oleh raja.
• Kakitangan perkhidmatan awam terdiri daripada orang Melayu. Pada tahun 1931, terdapat tiga orang pegawai Eropah dalam pentadbiran di Perlis.
• Setiausaha Kerajaan merupakan pegawai tadbir terpenting.
Pentadbiran di Kedah
• Penasihat British terlibat secara langsung dalam pentadbiran yang turut melibatkan pembesar tempatan.
• Kedah tidak akan diserahkan kepada mana-mana negeri lain tanpa keizinan bertulis dibuat oleh sultan dalam Majlis Mesyuarat Negeri.
• Kakitangan perkhidmatan awam terdiri daripada orang Melayu yang berkebolehan.
• Setiausaha Kerajaan merupakan pegawai tadbir terpenting.
Pentadbiran di Kelantan
• Penasihat British terlibat secara langsung dalam pentadbiran dan turut melibatkan pembesar tempatan.
• Sultan mempengerusikan Majlis Mesyuarat Negeri dan Penasihat British merupakan anggota Majlis.
• Kakitangan perkhidmatan awam terdiri daripada orang Melayu. Pegawai Eropah dihadkan memegang
jawatan tertentu sahaja.
• Menteri Besar memainkan peranan penting dalam pentadbiran negeri.
Pentadbiran di Terengganu
• Berlandaskan Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu yang diluluskan pada tahun 1911.
• Undang-undang ini menetapkan bahawa ketetapan atau perundangan yang dilaksanakan tidak boleh dipinda.
• Penasihat British terlibat secara langsung dalam pentadbiran dan melibatkan pembesar tempatan.
• Jemaah Menteri dan Majlis Mesyuarat Negeri diwujudkan bagi melaksanakan pentadbiran kerajaan.
• Kakitangan perkhidmatan awam terdiri daripada orang Melayu. Penglibatan pegawai Eropah dihadkan dalam pentadbiran.
Pentadbiran di Johor
• Berlandaskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.
• Sultan tidak dibenarkan untuk menyerahkan negerinya kepada kuasa asing.
• Pentadbiran dijalankan oleh Menteri Besar, manakala Setiausaha negeri terdiri daripada orang Melayu yang menjadi jurucakap kerajaan yang rasmi.
• Majlis Mesyuarat Menteri dan Majlis Mesyuarat Negeri membantu sultan menjalankan pentadbiran.
• Orang Eropah dan Melayu dalam perkhidmatan kerajaan Johor dilayan sama taraf dan keutamaan diberikan kepada orang Melayu yang berkelayakan.
Perkembangan Pentadbiran
1. Pengekalan Kedudukan Sultan
• Sultan masih kekal sebagai puncak kuasa dalam pentadbiran negeri.
• Sultan masih mempunyai kuasa terutama dalam hal berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu.
• Selain kedudukan sultan, kedudukan pembesar turut dikekalkan, meskipun bidang tugasnya telah berubah.
• Pembesar tidak lagi mengutip cukai dan pajak seperti sebelum ini, sebaliknya diberikan elaun dan pencen
2. Penerusan Sistem Pentadbiran Tradisional
• Sistem pentadbiran tradisional sdan peraturan yang terdapat dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan diteruskan.
• Pembesar Melayu menjadi peneraju sistem pentadbiran negeri.
• Pihak British turut membantu melalui peminjaman pegawai daripada Perkhidmatan Awam Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Selat.
• Kerajaan Kedah membuat perjanjian dengan kerajaan British yang menyatakan bahawa semua jawatan perkhidmatan awam hendaklah diisikan dengan pegawai Melayu Kedah.
3. Pengenalan Birokrasi Barat
• Penasihat British menentukan dasar pentadbiran negeri sehingga mengurangkan kuasa sultan dan pembesar.
• Jabatan-jabatan baharu turut diperkenalkan di setiap negeri.
• Pasukan polis diwujudkan.
• Urusan pentadbiran negeri mula mengamalkan cara Barat, mahkamah sivil diperkenalkan dan pegawai-pegawai British turut dibawa masuk sebagai pegawai pentadbiran kerajaan.
Comments
Post a Comment